Pernah rasa macam you dah buat semua benda dalam bisnes?
You dah hire team, upgrade marketing, join kelas bisnes dari yang percuma hingga berbayar, buat sales closing pun power.
Tapi entah kenapa, bisnes masih macam tu jugak. Tak naik-naik. Dan kalau naik pun, sekejap je. Lepas tu you burnt out, confused dan sampai satu tahap rasa nak angkat bendera putih?
Saya nak beritahu satu perkara penting hari ini. Perkara yang mungkin ramai tak berani nak cakap secara terus terang.
Masalah utama dalam bisnes, bukan tak tahu strategi. Tapi mindset dan cara you melihat dunia bisnes.
Bisnes takkan naik lebih tinggi daripada tahap mindset you.
Strategi Dah Ada, Tapi Kenapa Masih Stuck?
Ramai usahawan obses nak cari strategi baru. Cari sistem yang power, tools terkini, formula yang kononnya boleh ‘meletupkan’ sales. Tapi bila semua dah ada, team dah dilatih, sistem dah cantik, sales funnel berjalan, kenapa bisnes masih stuck?
Jawapannya mudah. Kerana yang pegang stereng bisnes itu adalah YOU.
Dan kalau you sebagai founder masih beroperasi dari minda yang…
- Takut gagal
- Takut nak lepaskan kuasa
- Tak percaya orang lain boleh buat lebih baik
- Takut kalau team jadi lebih bagus daripada anda
- Takut nak jual lebih sebab risau tak mampu deliver
Maka suka atau tidak, you sendiri adalah penghalang terbesar kepada kemajuan bisnes sendiri.
Saya Dah Lihat Ribuan Kes Dari RM1 Juta ke RM100 Juta
Selama lebih sedekad saya membimbing usahawan melalui program pementoran The Titan, saya dapat melihat satu corak yang konsisten.
Setiap kali seorang founder naik ke tahap baru, contohnya dari RM1 juta ke RM5 juta, atau dari RM10 juta ke RM30 juta, bukan strategi baru yang paling penting. Tapi naik taraf ‘mental software’ dia sendiri.
Setiap fasa pertumbuhan bisnes memerlukan identiti dan mindset yang baru.
Contohnya:
- Dulu you jadi ‘chief everything officer’, semua benda nak buat sendiri. Sekarang you kena mula jadi leader, builder dan investor.
- Dulu takut nak belanja, sekarang kena berani invest untuk scale up.
- Dulu fikir nak survive je, sekarang kena fikir tentang legasi dan impak jangka panjang.
Kalau mindset ini tak upgrade, you akan sabotaj bisnes sendiri secara sedar atau tak sedar.
Kenapa Ramai Founder Tak Sedar Diri Mereka Yang Jadi Masalah?
Sebab kita terlalu sibuk fokus pada faktor luaran seperti sales, staff, pesaing dan ekonomi. Tapi kita lupa nak audit diri sendiri.
Adakah saya operate bisnes dari mindset abundance atau scarcity?
Saya control team atau saya bangunkan mereka jadi pemimpin?
Saya bina bisnes ikut ketakutan atau berdasarkan visi besar yang saya impikan?
Mindset bukan sekadar motivasi, tapi ia adalah akar kepada setiap keputusan strategik yang you buat.
Apa Yang You Boleh Ubah Hari Ini?
- Tukar Soalan Harian You
Daripada “Macam mana nak survive bulan ni?” kepada “Macam mana aku nak bina bisnes yang kekal dan orang lain boleh teruskan walaupun aku tak ada?” - Stop Jadi Hero. Mula Bangunkan Team.
Kalau semua orang masih kena rujuk you dalam setiap keputusan, itu bukan bisnes. Itu perangkap ego. - Bina Bisnes Yang Layak Untuk Visi Besar You
Kalau you ada impian nak capai RM10 juta atau RM100 juta, tanya diri you:
“Adakah cara fikir aku sekarang ini benar-benar layak untuk bisnes sebesar itu?”
Mindset Adalah Aset Yang Sebenar
Bisnes you adalah refleksi siapa you. Kalau you nak bisnes naik, you yang perlu naik dulu.
Naik bukan dari segi pangkat. Tapi dari segi level pemikiran, keberanian dalam buat keputusan dan dari segi tahap penguasaan emosi.
Saya tak pernah jumpa usahawan berjaya yang tak melalui transformasi dalaman yang besar. Dan saya percaya, you pun boleh. Tapi dengan syarat, you kena mulakan dari sekarang. Jangan tangguh-tangguh.
Kalau you tak upgrade diri, you akan ulang strategi yang sama, dapat hasil yang sama dan terus menyalahkan semua orang kecuali orang yang paling perlu bertanggungjawab, iaitu diri sendiri.
Bila Dah Sedia Untuk Naik Ke Level Seterusnya
Kalau you rasa dah letih ulang masalah yang sama… Kalau you tahu you perlukan sistem, mentor dan bimbingan sebenar, bukan sekadar motivasi kosong atau kelas teori yang tinggal nota…
Saya buka peluang untuk you masuk ke dalam ekosistem bimbingan RichWorks. Tempat di mana usahawan serius nak transformasi diri menjadi pemimpin dan bisnes mereka berubah menjadi legasi yang kekal lama.
Di sini you akan dibimbing untuk ubah bukan sekadar bisnes, tapi cara fikir, cara bertindak dan cara memimpin.
Klik di sini untuk saya bantu anda realign semula bisnes & hala tuju you → Klik sini untuk penilaian.

Let’s build the business and the leader you’re meant to become.
Saya tunggu you di puncak kejayaan!
Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Mentor Usahawan | Founder RichWorks | Titan Builder
0 Comments