KENAPA PERLU BERZAKAT? JOM JADI PENGELUAR ZAKAT UTAMA.

oleh Azizan Osman pada 23 June 2017

Apa itu zakat? Zakat merupakan rukun islam yang ke empat. Dari segi Bahasa, zakat bererti suci dan bersih, dalam istilah lain ialah membersihkan harta dari hak orang lain dan mensucikan diri dari sifat kedekut dan bakhil. Dari segi istilah syarak pula, zakat ialah mengeluarkan sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah supaya diserahkan kepada mereka yang memerlukan mengikut syarat-syarat yang tertentu di dalam islam. Bagi orang islam mengeluarkan zakat adalah wajib. Tempoh masa untuk mengeluarkan zakat seelok-eloknya bermula dari 10 Ramadhan yang terakhir sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri. Antara keutamaan mengeluarkan zakat adalah seperti berikut.

Cop! Fakta ni semua orang dah tahu.  Dari sekolah lagi kita dah belajar tentang zakat tapi berapa ramai orang yang betul-betul melakukannya?  Mungkin ramai orang mampu berikan zakat fitrah, tapi bagaimana dengan zakat perniagaan, zakat emas dan lain-lain.

Kerana itulah, Richworks sangat komited untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu menjadi pemberi zakat utama kerana kami yakin dengan menjadi peniaga berjaya, dan melalui zakat, kita mampu membantu lebih ramai orang lagi dan juga memperbaiki ekonomi masyarakat.

Nak jadi usahawan kaya berjaya dunia akhirat, layari www.azizanosman.com/imkk dan mulakan langkah dengan menyertai Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).  Ada tawaran tiket menarik untuk anda.  IMKK, adalah satu program yang membantu usahawan untuk menjadi seorang yang lebih faham untuk mencapai kejayaan dunia akhirat, InsyaAllah.

Mendapat rahmat daripada Allah.

Mengeluarkan zakat menunjukkan bahawa kita telah menjalankan tugas kita sebagai seorang muslim kerana zakat adalah salah satu daripada rukun islam. Ia bermaksud kita telah menyempurnakan keislaman kita di dalam beribadah kepada Allah. Selain itu, ia juga dapat menyempurnakan iman seorang hamba yang mengeluarkan zakat kerana beliau mengeluarkan zakat demi manfaat orang yang memerlukan. Allah akan mengurniakan keredhaan dan keberkatan di dalam hidup seseorang yang mengeluarkan zakat di jalan Allah.

Memperbaiki rezeki.

InsyaAllah dengan mengeluarkan zakat, kita akan meraih kasih sayang Allah SWT.  Bila Allah kasih, Dia akan merahmati hamba yang dikasihiNya dengan rahmat rezeki berganda dan berpanjangan.  Kita dah biasa dengar tentang kisah usahawan berjaya yang menjadi penyumbang zakat terbesar dan dengan ilmu perniagaan yang betul anda pun dapat jadi penyumbang zakat juga.

Mengeratkan kasih sayang.

“Hablu Minal Allah, Hablu minal Nass”, bererti menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia. Jika seorang muslim itu mengeluarkan zakat, ia bererti muslim tersebut menolong muslim yang lain yang memerlukan. Ia dapat mengurangkan beban bagi muslim yang berada dalam kesusahan. Di dalam Hadis Nabi Muhammad S.A.W., baginda bersabda :”Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”. Dengan mengeluarkan zakat, yang kaya menolong yang miskin dan orang yang sentiasa cukup menolong saudaranya yang berada di dalam kesulitan. Ia akan membuahkan perasaan sayang dan cinta sesama saudara kerana kita menggembirakan saudara kita.

Mendapat ganjaran syurga.

Tidak disangkal lagi, syurga yang dijanjikan sebagai ganjaran kerana seorang muslim itu telah menyempurnakan rukun Islamnya dan membantu saudaranya yang memerlukan. Syurga Firdausi yang dijanjikan Allah kepada mereka yang mengeluarkan zakat. InsyaAllah.

Kita bukan hidup di dunia ini selamanya.  Kita juga takkan bawa harta bila kita mati, tapi amal jariah termasuk sedekah, waqafm infak dan zakat InsyaAllah jadi peneman kita di akhirat nanti.

Membersihkan hati dan harta daripada perkara yang merosakkan.

Daripada maksud zakat dari segi bahasa dan syarak ialah bersih dan suci sejumlah harta yang dikeluarkan kepada mereka yang memerlukan mengikut syarat-syarat yang tertentu. Sekiranya hati dan harta kita mempunyai kerosakan seperti mempunyai sifat tamak, bakhil, dan harta yang mempunyai unsur riba, ia boleh dibersih dan disucikan melalui pengeluaran zakat. Di dalam harta kita juga terdapat harta orang lain. Oleh itu, jika kita keluarkan zakat, maka kita telah bebas dari mengambil hak orang lain. In shaa Allah, hati dan harta kita akan bersih dari segala kerosakan.

Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendo’alah untuk mereka. Sesungguhnya do’a kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(Surah At-Taubah : 103)

#TeamRichworks

 

11 TIP ELAK POKAI AWAL DI MUSIM PERAYAAN

oleh Azizan Osman pada 22 June 2017

Ramai yang dah dapat gaji dan bonus Raya ‘kan?

Ada yang dah plan nak serbu ‘shopping complex’ untuk membeli belah di hujung minggu ini. Tapi ingat…gaji yang akan datang hanyalah pada hujung bulan Julai.  Lama lagi ‘tu?

Tanpa perancangan yang betul, anda mungkin akan sengsara dan ikat perut sementara menunggu gaji yang akan datang.

Kami kongsikan dengan anda 11 tip untuk elakkan anda pokai awal di musim perayaan.

Tip 1: Plan dulu apa yang kita nak beli dan bawa wang hanya cukup-cukup dengan apa yang diplan.

Tip yang paling senang, tinggalkan kad kredit di rumah dan bawa duit cukup-cukup untuk barang yang mahu dibeli.

Tip 2: Kerapkan makan di rumah, jarangkan makan di luar. Selalu bukak puasa banyak yang suka membazirkan duit dengan berbuka puasa di tempat-tempat mewah, makan dengan kawan-kawan dan belanja sakan sampai tak cukup makanan yang nak dibeli di pasar Ramadhan.

Apa kata tahun ini, kita belajar masak, buat kuih sendiri dan siapkan juadah pagi raya sendiri.

Tip 3: Bagi duit Raya dan berbelanja mengikut kemampuan kita. Jangan berniat nak bagi duit Raya hanya sebab nak menunjuk-nunjuk.  Umpama pepatah, ukur baju di badan sendiri.

Jangan berbelanja sampai kena pinjam duit dari mak ayah, adik beradik dan juga rakan-rakan. Contohnya, belilah baju raya yang dijual dengan harga yang kita mampu beli. Jangan beli yang ratusan ringgit tapi diri sendiri yang sengsara.

Tip 4: Elakkan daripada membuat pembelian secara spontan. Sebahagian besar daripada pembelian yang dibuat didorong oleh naluri. Cuba elakkan daripada membuat pembelian secara spontan ketika membeli-belah.

Walaupun terdapat barangan yang nampak menarik di mata anda, fikirkan secara mendalam sama ada anda benar-benar memerlukannya sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan tersebut.

Tip 5: Ikut kemampuan dan jangan bersaing. Anda tidak sepatutnya terpengaruh dengan corak perbelanjaan rakan atau jiran anda kerana tahap kewangan serta tanggungan yang berbeza.

Oleh yang demikian, anda harus berbelanja mengikut kemampuan dan bukan atas tujuan untuk bersaing dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain agar tidak melampaui tahap kewangan anda.

Tip 6: Guna kad kredit secara bijak dan elakkan daripada berhutang. Penggunaan kad kredit sememangnya lebih mudah dan selamat kerana anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah.

Namun anda perlu berhati-hati menggunakannya dengan memastikan jumlah perbelanjaan menerusi kad kredit dibuat berdasarkan kemampuan untuk mengelakkan daripada berhutang.

Tip 7: Tawar-menawar harga barangan. Cuba amalkan tabiat suka menawar harga barangan, melainkan jika harga barangan tersebut tetap. Dengan tawar-menawar sebelum membuat pembelian, anda boleh mendapat harga lebih murah berbanding harga biasa. Manfaatkan membeli belah ketika potongan harga diadakan.

Walaupun dalam keadaan tertentu, potongan harga tersebut hanya merupakan gimik perniagaan, tetapi sekiranya anda membuat pertimbangan yang waras, anda mampu mendapat harga yang berpatutan.

Tip 8: Beli mengikut kesesuaian dan pastikan ianya berkualiti. Pastikan anda membeli barangan yang berkualiti setimpal dengan harga yang ditawarkan. Anda boleh membuat perbandingan harga serta kualiti barangan yang diingini terlebih dahulu sebelum membeli.

Contohnya, bagi pakaian anak-anak yang masih kecil, anda boleh membeli saiz yang lebih besar sedikit kerana faktor tumbesaran mereka yang cepat meningkat. Pastikan pakaian mereka juga berkualiti dan tidak mudah koyak atau lusuh agar ia boleh dipakai berulang kali biarpun selepas perayaan kelak. Dengan cara ini anda dapat berjimat daripada kerap berbelanja.

Tip 9: Tidak mudah terpengaruh dengan iklan. Apabila tiba musim perayaan, promosi iklan giat dijalankan. Ketika ini, pelbagai barangan dengan harga menarik ditawarkan kepada pengguna.

Walaubagaimanapun, jangan mudah terpengaruh dengan tawaran yang dipaparkan. Anda harus mempertimbangkan kepentingan barangan tersebut. Jika tidak penting, anda tidak perlu membelinya. Anda juga harus pastikan stok barangan tawaran istimewa seperti yang diiklan masih boleh didapati.

Tip 10: Ganti perhiasan yang perlu sahaja. Perabot, langsir, permaidani dan cat antara perkara yang sering diganti setiap kali musim perayaan. Namun tidak semua perhiasan tersebut perlu diganti sekiranya ia masih dalam keadaan yang baik. Gunakan kreativiti anda untuk menjadikan ia lebih menarik contohnya seperti menjahit juraian kristal pada langsir lama anda.

Tip 11: Tidak menyediakan juadah hari raya secara berlebihan. Cuba anggarkan jumlah tetamu yang akan mengunjungi anda dan masak sekadar diperlukan sahaja. Jika perlu, simpan stok makanan mentah yang boleh dimasak segera terutama ketika menerima kunjungan tetamu yang tidak disangka. Elakkan daripada membeli atau menyediakan juadah hari raya secara berlebihan hingga menyebabkan pembaziran.

Tahukah anda, bahawa setiap dari anda berpeluang untuk mendapatkan taraf hidup dengan lebih baik dari apa yang anda ada sekarang? Tahukah anda, anda berhak dan layak untuk mendapat semua yang anda nak? Tahukah anda, anda sangat berkemampuan untuk membahagiakan orang tersayang jika anda tahu apa kemampuan diri anda dan sejauh mana anda boleh melangkah.

Pelajari kesemuanya ilmu membina potensi diri dan kewangan yang kukuh di Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK). Ada tawaran istimewa hingga 30 Jun 2016 menanti anda!

Layari sekarang www.azizanosman.com/imkk (IMKK KL) atau www.azizanosman.com/imkk-sabah (IMKK Sabah) untuk info lanjut.

Jadikan Hari Raya tahun ini sebagai hari raya terakhir untuk anda ‘ikat perut’.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

Aidilfitri, Masanya Untuk Kita Memperbaiki Diri.

oleh Azizan Osman pada 22 June 2017

Kotaraya dah mula sepi.  Lebuhraya utama dah mula padat dengan kenderaan. Pasaraya  dan pasar semakin padat dengan jumlah manusia yang mahu membuat persiapan raya.

Ramadhan dah berlalu pergi.  Ramadhan, bagi sebahagian antara kita mungkin dah jadi satu bulan yang sangat bermakna sekiranya kita dah bersungguh-sungguh mengimarahkannya.  Sepanjang Ramadhan, mungkin ada antara kita dah mampu buat sedikit perubahan dalam diri sendiri.  Perubahan dari segi hati yang lebih khusyuk dan fokus, perasaan yang lebih banyak sabar serta redha, amal ibadat yang mungkin lebih banyak dan fizikal yang mungkin lebih susut!

Aidilfitri yang datang bakal menguji samada adakah kita mampu untuk meneruskan segala kebaikan yang kita dah lakukan sepanjang Ramadhan.  Adakah kita mampu bersabar dengan keadaan kesesakan di jalanraya, adakah kita mampu menahan nafsu untuk berbelanja, menahan marah dengan segala ujian, menahan segala fikiran negatif dan syak wasangka bila berjumpa kenalan dan saudara-mara.

Di hari yang mulia ini, bersama kita istiqamah dengan segala kebaikan yang telah kita usahakan selama sebulan Ramadhan.  Kenang kembali perasaan tenang dan rasa sempurna yang kita alami sepanjang Ramadhan dulu. Segala perkara baik yang kita praktikkan tidak harus terhenti bila Syawal menjelma.

Berhati-hati di jalan raya, bersabar dalam berbelanja.  Lebihkan sedekah, lebarkan senyuman. Luaskan salam, eratkan persaudaraan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.  Maaf Zahir Batin

 

Salam Kejayaan

Team Richworks


Jika anda berminat nak menangi hadiah tiket Super Supreme PERCUMA ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) di Kota Kinabalu dan Shah Alam, jangan lupa sertai pertandingan Video Ucapan Raya.  Klik (LINK) untuk maklumat lanjut.

 

Tuan Syed Mohd Yassin

oleh Azizan Osman pada 20 June 2017

Anda tonton perbualan Dr Azizan Osman bersama Tuan Syed ini. Jika anda rasa anda nak mulakan langkah dan jadi seperti Tuan Syed ini, anda boleh PM Tepi kami sekarang. Kami akan share apa langkah awal yang patut anda ambil. Semoga bermanfaat!

 

 

Usah Tangguh Cita-Cita Anda

oleh Azizan Osman pada 20 June 2017

Melangkah jauh bersama kami hari ini!

Membuka mata dan meluaskan capahan minda bukan sesuatu yang mudah. Terlalu banyak rekahan-rekahan jiwa dan rasa yang harus ditempuh dan dilalui. Cabang ranting patah kadangkala melukai tubuh yang serba rapuh. Jika tidak kuat dan kukuh asas diri, boleh jadi tumbang separuh mati menghadapi segala bisik yang menghampiri.

Sokongan, dorongan, motivasi, lingkungan sahabat yang terbaik dan positif, dedahan ilmu dan ‘nota-nota ringkas’ sebuah perjalanan kehidupan orang terdahulu pasti sangat membantu. Belajar dari kesilapan orang lain, menapak di atas derapan kejayaan pijak kaki terdahulu, insyaAllah memudahkan perjalanan kehidupan anda.

Mengapa perlu ditangguh cita-cita yang tersimpan jika sudah ada tersedia blueprint kejayaan?

Jangan takut untuk berubah. Meniti dari hidup biasa-biasa kepada hidup yang lebih extra dari biasa. Bukan menidakkan keselesaan yang sudah ada, bukan juga mengungkit usaha anda. Tapi jika peluang sudah tersedia, untuk mencuba sesuatu yang mungkin belum pernah anda rasa, berikan diri anda satu peluang untuk lebih berjaya. Di dunia insyaAllah menyusul juga di akhirat sana.

Sucikan hati, lapangkan dada, luaskan pandangan, capahkan minda untuk terima perubahan. Bina rangkaian baru, perbaiki hubungan lama. Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) membuka seluas-luasnya pintu dan jalan untuk anda, menimba ilmu-ilmu baru, melalui jalan-jalan kejayaan yang terbukti, bersama mentor dan sahabat yang hebat. Bukan saja menyediakan anda blueprint kejayaan biasa, tapi menyentuh pada kesucian jiwa, berbalik pada asas, tapi bukan syarahan agama.

Sucinya hati menarik sejuta rezeki. Rahsia di sebalik Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan yang telah membantu ribuan insan mengecapi dan menemui matlamat sebenar kehidupan mereka. Jika mereka berani mencuba dan berubah, kenapa tidak anda?

Hadir bersama kami dan dua insan kesayangan anda di IMKK Shah Alam Oktober ini dan rasai sendiri aura kekayaan dan kejayaan diri anda. Tawaran istimewa kami untuk anda di bulan mulia ini, setiap pembelian 1 tiket IMKK bagi mana-mana pakej, anda layak untuk memiliki 2 tambahan tiket secara PERCUMA. Nak berjaya, jangan jalan sendirian. Biar bila anda sudah di puncak, anda tidak kesepian.

Kejayaan akan datang pada mereka yang bertindak. Motto kami, #ResultMatters. Layari (azizanosman.com/IMKK) untuk lebih maklumat mengenai IMKK dan hubungi kami untuk pertanyaan lanjut di 1-300-88-2424.

Jangan biarkan keselesaan merajai hati, takut hidup kita tiada peningkatan nanti. Jumpa anda dan 2 insan pilihan anda di IMKK!

 

Kenapa Bila Raya, Semua Orang Tutup Kedai?

oleh Azizan Osman pada 20 June 2017

Kenapa ya agaknya. Bila raya seminggu, seminggu lah orang yang merayakannya tutup kedai serapat-rapatnya! Tak beroperasi, raya sakan. Adakah sebab raya setahun sekali?

Tahukah anda, sebagai peniaga, konsep ini tak boleh selalu anda amalkan? Melainkan jika kewangan anda benar-benar tiptop dan terjaga, selain anda memang betul-betul memanfaatkan cuti raya. Bukan duduk goyang kaki saja.

Orang berniaga kecil-kecilan selalunya amat bergantung pada hari perniagaan. Ada niaga ada untung, tak ada niaga tak ada untung.

Dan tahukah juga anda, perniagaan yang paling terkesan di jiwa pelanggan bila waktu raya ialah apa? Kedai makan dan kedai runcit! Raya waktu sanak saudara datang berbondong-bondong beraya. Memanglah juadah raya banyak tersedia tapi percayalah, hari pertama dan kedua saja mereka tahan perut makan benda sama. Hari ketiga mereka akan mula cari makanan biasa! Dan orang di rumah pasti masih sibuk ke sana ke mari beraya, mana mereka nak tuju jika nak cepat? Kedai makan!

Lihat KFC, McDonalds dan restoran segera lainnya, bila raya pasti penuh! Bahkan raya pertama saja dah penuh! Kenapa? Sebab mereka makan di luar adalah tak kira masa sebenarnya. Dan satu sikap peniaga yang paling biasa dibuat ialah tutup kedai seminggu straight masa raya. Yang mana mendatangkan terma ‘ruginya’ tak ambil peluang. Jika ya mahu bercuti, ambillah 2 hari. Atau 3. Bukan lama-lama. Hari pertama, anda tutuplah. Selepas itu bukalah jika anda tak ke mana-mana pun sebenarnya.

Kedai runcit paling haru. Hari pertama tu lah minyak di dapur habis. Bawang tak ada. Sayur illek. Teh tak jumpa. Milo kena rembat anak saudara. Macam-macam. Dan mana mereka nak tuju bila situasi itu tiba? Kedai runcit lah! Eh tengok-tengok tutup pula. Terpaksa pergi ke mall-mall besar. Mereka kan ‘tak beraya’ jadi perniagaan sentiasa on!

Tak, bukan nak suruh anda korbankan raya kerana duit. Itu terma yang agak pentingkan diri ya. Anda perlu lebih praktikal dan bukan skeptikal. Tutuplah hari pertama. Pergi solat raya berjemaah. Pergi ziarah sanak saudara terdekat. Pergilah. Tapi hari kedua, jika dah settle semua, bukalah kembali. Anda kan boleh bercuti bila waktu off-peak nanti. Time-time hari yang sendu saja cash masuk.

Semuanya berbalik pada perancangan anda. Buatlah keputusan bijak. Ya, tak dinafikan ramai gila akan mengata, ‘Wei, raya -raya pun nak meniaga ke? Mata duitan nya!’ Tapi hakikatnya, jika periuk nasi anda hanya tinggal kerak, mereka nak tolong ke?

Semoga semuanya baik-baik saja buat anda dan keluarga. Yang penting, jangan tergopoh gapah buat keputusan selepas baca tulisan ini. Ini cumalah pandangan sipi dari sisi perniagaan. Yang rasional, yang baik, semua di tangan anda untuk tentukan.

Selamat Hari Raya, Minal Aidil Wal Faizin. Maaf Zahir dan Batin.

 

Raya-Raya Juga, Kesihatan Jangan Dilupa

oleh Azizan Osman pada 20 June 2017

“Ketupat rendang sila nikmati kawan, penat memasak malam ke pagi, wajik dan dodol, jangan lupakan, peninggalan nenek zaman berzaman.”

Bait lagu raya berkumandang di radio. Bila sebut raya je terbayang lemang ketupat. Dan juadah raya yang lain. Semuanya hebat.

Dan bila Raya juga diet Ramadhan ke laut! Elok-elok teratur dan berkhasiat, anda sumbat semua yang boleh. Alasan setahun sekali. Alasan lapuk!

Raya bukan bulannya nak tengok anda terlantar di hospital terlebih gula garam. Raya-raya inilah semua nak kumpul gembira sama-sama. Tanpa masalah. Raya bulan gembira. Bukan waktu inilah nak berduka cita.

Sebaiknya jaga pemakanan dan nafsu anda. Ambil portion secara sederhana. Jaga mata dan tangan anda. Jangan main cekut saja semua. Jika mahu, sekadar ‘rasa-rasa’ sudah memadai. Bukan balun sampai licin periuk. Tuan rumah pun faham, anda bukannya ‘majlis bandaraya’ nak sauk semua benda. Cukup menghormati mereka dengan menjamah makanan tersedia, bukan melahap.

Minuman bergas dan manis memang sangat sinonim dengan hari raya. Mudah dan cepat serta praktikal. Memang lah tuan rumah menyediakan itu sebab nak kurangkan kerja, mudah bagi mereka. Tapi anda sebagai tetamu, berpada-padalah. Minum seteguk dua bukannya sebalang tiga. Atau paling mudah, minta saja segelas air masak. Pasti tak menyusahkan.

Kuih-muih pun begitu juga. Kerepek, snek, coklat dan lain-lain. Sila berhati-hati. Lagi-lagi yang beranak kecil. Pantang orang hulur semua suap ke mulut. Pantau anak-anak anda! Mereka sangat sensitif dan fragile orang putih kata. Nampak saja gembira keletah gelak sini sana. Tapi bila letih, salah makan atau alergi, siapa yang susah? Anda, ibu bapanya juga.

Yang utamanya hati kena kental tolak godaan! Jangan orang sibuk raya, anda sibuk di hospital. Tak salah pun jika anda menolak huluran cawan air sarsi, soda dan sebagainya. Asalkan anda berhemah dan berikan alasan yang baik.

Yang penting, jaga adab dan tutur kata. Tak adalah orang sakit hati pula. Tulisan ini sekadar peringatan, biar beringat sebelum kena. Bukan terhantuk baru tengadah pula.

Jaga kesihatan, jaga hubungan. Salam kosong-kosong!

 

Silaturahim Disantuni, Perilaku Diperbaiki

oleh Azizan Osman pada 20 June 2017

Alhamdulillah, Ramadhan sebulan yang berlalu telah kita santuni dengan amal dan kebaikan. InsyaAllah moga-moga setiap satu darinya mendapat keberkatan, rahmat dan balasan terbaik dari Allah.

Ramadhan dah berjaya ajar kita erti sabar, ikhlas, bersederhana dan seribu satu lagi perkara kebaikan yang sepatutnya kita amalkan sepanjang hidup. Ramadhan menghidupkan malam-malam sepi kita dengan solat sunat, zikir munajat dan bacaan Al Quran.

Sebaik-baiknya diteruskan segala amalan baik yang sudah sebati sebulan lalu. Jangan tinggalkan. Entah jumpa atau tidak Ramadhan di hari lain untuk kita manfaatkan sama seperti Ramadhan lalu.

Musim raya sinonim dengan ziarah menziarahi sanak saudara dan jiran tetangga. Sinonim pula Syawal dengan tema ‘hubungkan yang dekat, rapatkan yang jauh’.kim Masa inilah nak beramah mesra, bertanya khabar, mengenali saudara-saudara yang baru (lahir atau saudara Islam baru), dan lain-lain.

Dugaan Ramadhan lain, dugaan Syawal lain pula. Bila jumpa ramai orang, banyaklah juga soalan-soalan yang mungkin tak enak didengar atau yang sentiasa dielak, muncul bertubi-tubi macam peluru senapang patah. Rasa nak marah naik merah sampai ke muka. Sabar. Ramadhan dah ajar cara bersabar, Syawal inilah masa untuk praktis! Practice makes perfect! Anggap saja begitu bagi ulangan setiap soalan yang anda tak gemari.

Mana-mana yang bertelagah, hari raya ini berbaiklah. Jalinkan kembali titis-titis silaturahim yang tersisa. Runtun hati yang berduka dengan pergaduhan, dengarkanlah. Jangan biar hati suci anda terkotor kembali dengan dengki khianat sesama manusia. Pujuk hati bermaaf-maafan.

Ambillah peluang setahun sekali ini untuk menyantuni kembali silaturahim antara kaum keluarga dan sahabat. Ada ahli yang jauh di hujung negeri? Berziarahlah. Sambil ziarah sambil bercuti. Luangkan masa bersama ibu bapa, anak-anak.

Di bulan Syawal mulia ini, jangan kembali pada perangai lama yang tidak elok. Reflek diri. Jika anda mampu buat yang terbaik 30-hari lalu, kenapa tak teruskan saja? Kenapa tak boleh pula tiba-tiba nak teruskan di hari raya? Jangan cipta alasan. Alasan hanya untuk mereka yang malas berusaha. Usahakan sekuat mungkin untuk terus berbudi, dan bersopan santun. Jika anda berjaya berhenti menjadi ‘naga’ pada siang Ramadhan, teruskan lagi sampai berjaya berhenti jadi ‘naga’ selama-lamanya. Ingat lagi pesan sifu? Rokok adalah antara satu sebab doa lambat atau tidak makbul.

Silaturahim disantuni, perilaku diperbaiki. Syawal mulia bukan tempatnya untuk kita bermasam muka, bergaduh sini sana. Ianya bulan bermaaf-maafan dan saling berkasih sayang sesama manusia. Ia juga bagai bulan ‘peperiksaan’ selepas sebulan melakukan persiapan. Semoga setiap satu dari kita lulus cemerlang dalam Syawal kali ini, dan berpanjangan hingga bulan-bulan seterusnya.

Salam Kemaafan dari kami, buat anda sekeluarga.

 

Adakah Anda Sengaja Membutakan Mata Menulikan Telinga

oleh Azizan Osman pada 20 June 2017

Kelam kelibut hari ini nak siapkan baju anak, baju pasangan. Ke hulu ke hilir juga sibuk nak masak rendang, nak masak lodeh. Mana lagi nak sapu laman, nak kemas ruang tamu. Sibuk juga lah anak tumpahkan air, sepahkan kuih. Darah dah singgah ke muka. Tinggal lagi ‘panggggg’ hinggap di pipi. SABAR!

Anda rasa anda kelam kabut? Tak cukup masa? Eh. Cuba lihat balik. Rewind tape kehidupan anda. Anda sudah tahu dan sudah jangka hari ini ialah hari raya. Anda TAHU. Tapi kenapa anda tak bersedia? Lebih 30-hari lalu baru saja mengajar anda tentang kawalan masa. Bila nak sahur, bila nak buka, bila nak solat tarawih. Itukan latihan kawalan masa?

Sepatutnya anda gosok dan sediakan baju 2/3 hari sebelum hari ini. Gantung siap-siap. Aksesori, kasut, segala-galanya, siapkan satu tempat. Beg baju nak balik kampung, siapkan sekali 2/3 hari sebelum. Bab kemas-kemas dan menyapu, seminggu sebelum dah boleh gotong-royong dengan anak-anak. Ajar dari kecil. Deko awal.

Kuih-muih, pinggan cawan, periuk belanga pun begitu. Siapkan seminggu dua awal. Letak satu tempat. Tak adalah nak cari-cari hari ini. Masak rendang dan lodeh dan ketupat? Semalam lagi boleh masak. Masak semalam, gotong-royong dengan keluarga. Hari ini tinggal panaskan saja. Tak basi tak! Nak fresh sangat? Bangun awal pagi. Siapkan. Macam bangun sahur tu, siapkan juadah pagi hari ini.

Tapi anda tak buat macam tu. Sebab itu hari ini semua nak buat. Dan hari ini juga semua tak menjadi. Anak buat kecah sedikit nak mengamuk. Padahal anda yang tak tahu urus dan kawal masa anda. Setiap tahun anda pasti tahu apa yang akan berlaku hari ini. Ia rutin tahunan anda tapi masih juga anda tak dapat rentak.

Kenapa begitu? Sebab anda bersikap sambil lewa, acuh tak acuh, dan tangkap muat. Anda tak nak ubah diri anda. Anda tak nak belajar ubah. Masa perlu dikawal. Kalau tak, ia akan berlalu pergi sia-sia saja.

Sebenarnya bukan saja hari ini yang jadi masalah. Hari-hari lain pun sama. Anda PERLU kawal masa anda. Buat jadual harian. Masa sekolah rendah dan menengah, 11 tahun anda hidup dengan jadual waktu. Masuk universiti pun ada jadual waktunya. Tapi anda masih tak ambil pusing dan tak aplikasi dalam hidup anda.

Anda perlu ada matlamat jangka pendek dan panjang. Hari semalam KENA siapkan apa. Minggu lepas KENA sediakan apa. Itu langkah mengawal masa anda hari ini. Orang lain tak boleh bantu. Anda saja yang boleh bantu diri sendiri.

Buat JADUAL WAKTU hidup. Tak kolot. Malah ia sistematik. Setiap orang yang berjaya memiliki jadual waktu harian mereka tersendiri. Segala plan mereka dah teratur awal. Mereka tak gopoh. Mereka tak serabut. Mereka sistematik.

Jika anda hari ini (tahun lalu) dah kelam kelibut, takkan tak ada inisiatif untuk berubah? Takkan anda tak belajar dari kesilapan? Adakah anda sengaja membutakan mata menulikan telinga? Ubah mindset dan gerak kerja anda supaya lebih berdisiplin dalam kawalan masa. Anda bijak, anda mampu mengubahnya.

 

Nak Kami Bantu Anda Grow Your Business?

oleh Azizan Osman pada 19 June 2017

 

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera anda, apalah ertinya berniaga bertahun-tahun tetapi masih berada ditahap yang sama bukan?

Maaf jika emel ini mengganggu anda di kala anda sedang sibuk membuat persiapan hari raya.

Anda, kami rasa emel ini amat penting kerana ramai usahawan yang jatuh atau merosot bisnes mereka selepas hari raya.

Teruskan membaca sampai habis dan pastikan tonton video dibawah ni ya!

Alhamdulillah genap 9 tahun ulangtahun Richworks di dalam membantu beratus ribu peserta termasuk para usahawan serta melihat begitu ramai yang berjaya mencapai jualan dari kosong ke tahap jutaan ringgit setahun dan ada yang jutaan ringgit sebulan.

Dan kami akan rasa bodoh jika selepas membina beratus ribu usahawan kami masih tidak pasti apakah kunci formula utama yang usahawan perlu lakukan untuk kembangkan perniagaan mereka. Dan lebih bodoh lagi jika kami tidak dapat membantu lebih ramai usahawan terutamanya usahawan bumiputera.

Persoalannya ialah, adakah anda mahu dibantu? Adakah anda mahu bawa perniagaan anda ke tahap lebih tinggi?

3-tahun terkini Richworks dan Mentor Usahawan Dr Azizan Osman yang baru-baru ini diiktiraf sebagai Credentialed Master Coach bertaraf antarabangsa dari sebuah badan International Coach Guild di Australia amat agresif membimbing usahawan yang sedang membangun untuk mencapai peningkatan ke tahap 5-10 kali ganda lebih tinggi dalam masa yang singkat.

Dan baru-baru ini kami telah melancarkan sebuah program khas untuk para usahawan yang mahu dibimbing dan mahu grow business mereka lebih jauh lagi, dengan syarat anda layak diterima ke dalam program ini.

Program baru ini bukan sekadar workshop biasa atau teori semata. Business Growth Workshop (BGW) tertumpu pada jalan dan strategi untuk kembangkan, tingkatkan dan luaskan penguasaan perniagaan anda.

Kenapa nak tambah dan upgrade ilmu? Bukankah dah ada ilmu sebelum ini? Anda perlu ingat, dunia bisnes dan pemasaran sentiasa berubah. Sentiasa bertambah. Ada yang sangat cepat outdated dan sangat pantas berkembang. Anda perlu faham trend dan sentiasa keep up to date. Pemasaran lapuk hanya akan beri anda jualan tahap biasa dan sama. Jadi apa yang kami ada yang boleh bantu bisnes anda Grow?

✔️ Kami ada proven results kerana #ResultMatters bagi kami. Buat apa buang masa dengan mentor dan ilmu yang tidak ada bukti kejayaan yang luar biasa bukan? Aset kita paling mahal adalah MASA. Dan kita mahu gunakan masa yang bernilai untuk capai result yang lebih pantas bukan?

✔️ Coach yang diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa yang TAHU bagaimana untuk buat anda faham apa yang anda perlu faham

✔️ Pengalaman jatuh bangun hampir 20 tahun dalam bidang perniagaan dan pemasaran dan mampu beri anda jalan pintas elak kegagalan

✔️ Elemen, teknik dan strategi tepat yang mudah difahami dan coach kami akan PASTI buat anda faham

✔️Peningkatan sales yang dijamin – melangkau dua tangga jika anda benar-benar KOMITED

 

Fahami lebih lagi apa yang anda boleh dapat dari Business Growth Workshop dengan tonton video ke-3 ini.

Video 3

Jika anda terlepas untuk tonton video 1 dan 2, klik di sini sekarang.

Video 1 :  Tonton Sekarang >>

Video 2:   Tonton Sekarang >>

Perniagaan anda lebih bernilai dan berpotensi jauh lebih baik dari yang anda sangkakan.

Tingkatkan level bisnes anda bersama Business Growth Workshop! Jika anda masih belum mendaftar, klik link ini sekarang www.businessgrowth.com.my.

Bagi anda yang telah mendaftar, nantikan email seterusnya dari kami minggu ini untuk mengetahui siapakah antara anda yang layak untuk berada dalam Business Growth Workshop kami.

 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start