Salah Faham Usahawan SME Untuk Grow Bisnes!

Assalammualaikum wbt & Salam sejahtera semua usahawan-usahawan,

Datuk Wira Dr Azizan Osman di sini. Hari ini saya nak kongsi pengalaman menarik dari program Bina SME di KL baru-baru ini tentang “salah faham” usahawan.

Banyak usahawan SME yang saya jumpa ada tanggapan salah tentang masalah perniagaan mereka. Contohnya, seorang pemilik pusat fisioterapi di KL. Dia fikir perniagaannya tak berkembang sebab kekurangan staf. Tapi selepas berbincang, saya dapati masalah sebenar ialah kesilapan mengira kos dan menetapkan harga yang terlalu rendah. Akibatnya, dia sebenarnya rugi!

Satu lagi kes menarik ialah pemilik pusat tuisyen Bahasa Inggeris di Ipoh. Dia rasa tak boleh tambah jualan. Tapi sebenarnya, masalahnya ialah model perniagaan yang tak sesuai untuk berkembang.

Ini menunjukkan betapa pentingnya kita mengenal pasti punca sebenar masalah perniagaan. Jangan cepat membuat andaian. Kadang-kadang, apa yang kita sangka masalah utama, sebenarnya bukan punca sebenar!

Untuk usahawan SME yang nak tahu lebih lanjut macam mana nak atasi cabaran-cabaran ini, jom jumpa saya di program Bina SME akan datang!

Saya akan kongsi lebih banyak tips dan strategi untuk membantu perniagaan anda berkembang.

Jangan lupa juga untuk dapatkan eBook percuma saya: “9 Punca Usahawan Tak Pernah Capai Jualan RM10 Juta Setahun Atau Lebih” di BinaSME.com. Ia penuh dengan panduan praktikal untuk usahawan SME.

Pesanan akhir saya, ingatlah bahawa kejayaan perniagaan bukan sekadar tentang kerja ‘keras’. Ia juga tentang kerja ‘bijak‘ dan memahami perniagaan anda dengan mendalam. Jom sama-sama kita bina SME yang lebih kukuh dan berjaya!

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan usahawan anda ya. Moga-moga ia dapat membantu lebih ramai usahawan SME untuk berjaya.

Alhamdulillah di KL pada 8 Oktober dan di Johor pada 10 Oktober (hari ini) berjalan dengan lancar. Jumpa anda, bangsa usahawan yang serius dan komited nak grow bisnes to next level di Bina SME pada 4 lagi lokasi iaitu:

  1. Casa Del Rio, Melaka – 22 Oktober 2024;
  2. Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan – 24 Oktober 2024;
  3. Pearl View Hotel, Butterworth Pulau Pinang – 29 Oktober 2024;
  4. Shah Alam Convention Centre di Selangor – 26 November 2024;

Saya doakan anda kaya dan Berjaya,


Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Mentor Usahawan

0 Komen

Hantar Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMS