Kau naik, orang kata “mustahil lah”, “scam lah”, “tak logik lah”…
Kau belajar, orang kata “eh cepatnya habis belajar? Real ke ni?”
Biasa lah. Dunia sekarang, semua orang boleh bagi komen. Tapi bukan semua ada fakta. Dan kita pula bukan jenis nak buang air pun nak kena buat live tunjuk satu dunia.
So tak peliklah kalau orang tak nampak kita susahnya nak bahagi masa buat kerja, belajar, hadir kelas buat assignment bagai…
Pencapaian Saya – Bukan Sekadar Cakap Kosong
Baru-baru ni saya kongsi satu lagi pencapaian peribadi. Saya baru tamatkan Master of Laws in Corporate Governance dari University of Cumbria. Sebuah UK Public University. Bukan beli. Bukan honorari. Belajar betul-betul. Dissertation, kelas, submission semua buat sendiri.
Dan ya, saya juga sedang sambung satu lagi PhD dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Kenapa Saya Belajar?
Sebab apa? Demi netizen Malaysia yang tercinta yang suka tanya “PhD dia ada akreditasi ke? Dia ada kelayakan ke?”
Ada juga jenis yang dia malas belajar dan pelik kenapa saya suka belajar. Saya belajar bukan sebab nak nampak hebat. Tapi sebab saya nak jadi lebih bermanfaat.
Saya belajar sebab saya tak nak cakap kosong. Saya nak bantu lebih ramai usahawan dengan ilmu & strategi yang terbukti.
Dan saya tahu, bila saya belajar, saya upgrade diri saya untuk terus bantu lebih ramai orang capai kejayaan.
Saya Bina Bisnes Yang Nyata
Saya bukan seorang yang jenis suka cakap kosong. Atau tong kosong apatah lagi otak kosong.
Orang pelik macam mana saya boleh sambung belajar tapi masih urus banyak bisnes?
Sebab saya bukan baru buat bisnes semalam. Samada saya bina bisnes atau saya melabur dalam bisnes.
- Saya pemegang saham utama ManagePay (MPay) Systems Berhad – syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. MPay baru saja lancarkan SuperApps KTMB yang MPay bina dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan minggu lepas dan kami juga bina platform SuperApps untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2 tahun lepas.
- Saya ada firma perakaunan dari zero – sekarang dah ada 4 cawangan di KL, JB, KB dan Kuching. Perlahan-lahanlah berkembang diuruskan oleh partner-partner saya.
- Saya bina WiraGo Express – gudang e-fulfillment untuk bantu seller TikTok/Shopee uruskan simpan, bungkus, pos.
- Saya ada syarikat berlesen Factoring & Leasing di bawah lesen Bank Negara.
- Saya juga shareholder kepada Innovative Capital Berhad – 100% pemilik Innovative University College.
Fakta vs Fitnah
Dan satu perkara nak saya betulkan…
Ada yang hina saya konon saya jual “jajan jijan”.
Berulang kali saya ulang, produk dan jenama itu adalah sebagai contoh praktikal yang saya cipta lebih 12 tahun dulu dalam salah satu satu sesi kelas marketing, untuk ajar macam mana nak cipta brand dan packaging produk.
Tak pernah pun jadi bisnes sebenar. Tapi biasalah… yang tak tahu, suka sebarkan cerita palsu. Suka hidup dengan dosa fitnah.
Kau Tak Akan Dikritik Kalau Kau Tak Ke Mana
Tapi bila kau mula bina sesuatu, haters akan muncul.
Saya tahu siapa saya. Saya tahu niat saya.
Saya bukan kejar gelaran. Saya kejar impak.
Saya dah bantu lebih berpuluh ribu usahawan dan beribu jenama bina bisnes dari kosong ke jutaan ringgit. Saya tak perlukan pengiktirafan dari sesiapa.
Tapi saya harap tulisan ini beri inspirasi pada orang yang tengah usaha nak naik.
Jangan putus asa jika apa yang anda sedang usahakan dipandang rendah atau dicaci.
Kalau Kau Tengah Dikutuk, Ingat Satu Perkara…
Orang yang lebih berjaya dari kau takkan ada masa nak kutuk kau.
Orang yang kutuk kau, biasanya sebab dia stuck dan tak tahu macam mana nak naik. Dan dia sakit hati bila kau mampu naik.
So… Teruskan je jalan. Diam, upgrade, naik. Biar hasil jawab semua.
Sumbangan Saya Kepada Masyarakat
Lewat malam tadi saya baru landing dari Manchester dan pagi ini belum sempat rehat, saya dah terbang pula ke Kota Bharu untuk berkongsi ilmu bersama usahawan di bawah program Astro–SMEVaganza.
Flight bayar sendiri dan tidak dibayar pun untuk berkongsi.
Sebab saya percaya dengan prinsip dan hadis Nabi SAW – Sebaik-baik manusia adalah manusia yang paling banyak manfaat kepada ramai orang lain.
P/S:
Nak saya bantu bina bisnes anda dengan ilmu yang betul? Follow artikel di www.azizanosman.com
“Biar orang terus bercakap. Kita terus bergerak.”
Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman
0 Komen