Usahawan, Sarjana & Pembina Negara!
Di era digital, reputasi boleh dihancurkan hanya dengan satu meme. Namun bagi Datuk Wira Dr. Azizan Osman, mentor keusahawanan paling dikenali di Malaysia, kisah sebenar beliau jauh melebihi suara-suara dalam ruang maya.
Beliau telah melatih lebih 100,000 usahawan di Malaysia termasuk negara jiran iaitu Singapura, Indonesia dan Brunei, menyumbang kepada bilion ringgit pendapatan yang dijana oleh Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) dan terlibat secara langsung dalam perbincangan strategik bersama pejabat Perdana Menteri, kementerian dan agensi pembangunan ekonomi di Malaysia dan Indonesia.
Namun, nama beliau sering dijadikan sasaran, disalahfaham, disalahkutip dan sering dimanipulasi.
Seorang ‘pelajar seumur hidup’ yang tidak pernah dikenali sepenuhnya
“Bila masa saya kata saya ada tujuh PhD? Tak pernah,” ujar Azizan tenang.
Bertahun-tahun sebelum beliau mendapat pengiktirafan rasmi, Azizan menyertai pelbagai program PhD dan DBA di beberapa institusi luar negara namun ada yang tidak diiktiraf oleh Malaysia. Beliau sedar akan hal itu.
“Saya bukan kejar pangkat. Saya kejar ilmu.”
Hari ini, perjalanan ilmunya telah menghasilkan:
- PhD dalam Pentadbiran Perniagaan – Asia e University (diiktiraf MQA & MOHE)
- Sarjana Undang-Undang (LL.M) – University of Cumbria, UK
- Sarjana Sains Pemasaran (MScM) – University of Salford, UK
- Diploma Analisis Pelaburan – UiTM
- Sedang mengikuti Global MBA – University of Manchester
- Sedang menyiapkan satu lagi PhD di UPM – menilai keberkesanan sokongan kerajaan terhadap PKS Malaysia
Beliau juga merupakan:
- Felo CIMA UK (FCMA, CGMA)
- Akauntan Bertauliah Malaysia (MIA)
- Ahli MAICSA
- Felo Institut Pemasaran Chartered (FCIM)
- Jurulatih bertauliah dari Berkeley Coaching Institute & Marshall Goldsmith
“Saya cinta ilmu. Tapi ilmu yang bermanfaat bukan untuk digantung di dinding, tapi untuk disumbangkan kepada masyarakat.”
Bukan sekadar jurulatih tetapi pembina ekosistem keusahawanan
Melalui RichWorks, Azizan telah membimbing lebih 100,000 usahawan di mana ramai daripada golongan B40 dan membantu mereka membina jenama berjuta ringgit.
Antara pencapaiannya:
- Membantu PKS dari pelbagai sektor: makanan, fesyen, logistik, fintech, pendidikan & kesihatan
- Membangunkan program pembinaan bisnes untuk komuniti Muslim profesional
- Menyumbang kepada kerangka kebangsaan pembangunan PKS
“Saya pernah dipanggil ke pejabat PMO, duduk berbincang dengan menteri dan dijemput ke Indonesia untuk berkongsi strategi. Misi saya jelas, bangunkan ekonomi ummah melalui bisnes.”
Dalam tempoh 17 tahun dari syarikat yang diasaskan beliau, Richworks bermula, Azizan & Richworks terlibat dalam pelbagai program pembangunan keusahawanan antaranya:-
- Pejabat Perdana Menteri Malaysia
- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) – Program Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J)
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
- Media Prima Berhad
- Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro)
Indonesia :
Kementerian Parawisata & Ekonomi Kreatif (Kemenparekraf)
Bukti kejayaan dalam dunia sebenar
Selain dari latihan dan ceramah, Azizan turut memiliki dan terlibat dalam bisnes sebenar:
- Pemegang saham utama ManagePay (MPay) – syarikat fintech tersenarai di Bursa Malaysia
- MPay membina SuperApp untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang & KTMB
- Pemilik WiraGo Express – hab e-fulfilment untuk peniaga Shopee & TikTok
- Pemilik syarikat pembiayaan & leasing berlesen BNM khusus untuk PKS
- Pengasas bersama firma perakaunan berlesen dengan cawangan di KL, JB, KB & Kuching
- Pemilik bersama Syarikat Umrah
- Pemegang saham Innovative Capital Berhad – Yang mempunyai pemilikan 100% Innovative University College ( IUC ), berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan MQA.
“Saya bukan sekadar mengajar bisnes. Saya bina infrastruktur untuk bisnes berjaya.”
“Saya tak ada bisnes jajan macam yang netizen suka sebut tu…mereka suka buat cerita fiksyen.”
Artikel akademik yang dipertikaikan
Pada tahun 2022, Azizan menulis satu artikel penyelidikan berdasarkan tesis PhD beliau yang diterbitkan oleh jurnal Cogent Business & Management.
Kontroversi timbul apabila gelaran “Datuk Wira Dr” muncul secara automatik melalui profil ORCID.
“Itu kesilapan teknikal. Saya dah betulkan. Tapi penyelidikan itu tetap sah, disemak dan diterbitkan secara akademik.”
Kini, beliau sedang menyiapkan empat lagi artikel ilmiah bersama pasukan penyelidik UPM untuk diterbitkan di jurnal antarabangsa.
Gambar konvokesyen yang jadi isu
Satu lagi kontroversi muncul apabila gambar konvokesyen Azizan di Carlisle, UK pada 16 Julai lalu dikatakan palsu dan dijana oleh AI.
Fakta sebenar: beliau menamatkan program LL.M dari University of Cumbria dan hadir ke majlis tersebut. Beliau memakai jubah PhD kemudian bertukar kepada jubah rasmi universiti atas permintaan pihak urusetia.
“Saya hadir dengan bangga dan hormat. Tapi bila pun kita berjaya, akan ada yang cuba ‘buat cerita’.”
Untuk pengesahan:
📧 [email protected]
🌐 www.cumbria.ac.uk
Fokus masa depan: Ai, tanggungjawab & keberkatan
Azizan kini menumpukan perhatian kepada:
- Membangunkan platform Ai untuk bimbingan usahawan PKS
- Menulis buku baharu tentang bagaimana Ai boleh mempercepat pertumbuhan bisnes secara etikal dan strategik
- Memperluaskan RichWorks Academy ke rantau ASEAN
“Saya tak kejar pengaruh viral. Saya kejar hasil. Saya nak bantu lebih ramai Muslim bina bisnes yang halal, berimpak dan ada keberkatan.”
Kompas hidup beliau jelas berpegang kepada hadis Nabi Muhammad SAW:
“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).
Kesimpulan:
Orang yang hanya mengkritik takkan pernah membina. Yang membina pula tak sempat nak mengkritik.
Datuk Wira Dr Azizan Osman memilih jalan membina bukan tanpa cabaran, tapi dengan kesan yang nyata.
Kepada penyokongnya: inilah bukti bahawa niat yang betul dan ilmu yang benar akan membawa hasil.
Kepada pengkritik: mungkin sudah tiba masa untuk berhenti menilai kelayakan… dan mula menilai sumbangan.
#AzizanOsman #PKSMalaysia #UsahawanMuslim #AIUntukBisnes #RichWorks #Kebenaran #PemimpinEkonomi #BelajarSepanjangHayat
0 Komen