Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. melakar satu lagi pencapaian luar biasa apabila menerima dua anugerah berprestij sempena Edisi Khas Ulang Tahun ke-20 The BrandLaureate BestBrands Awards 2025 di Hotel Shangri-La, Singapura semalam.
Pengiktirafan ini menjadi satu lagi bukti kejayaan dan keteguhan Andalusia dalam menerajui industri pengurusan jemaah umrah dan haji, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa, seiring dengan visi mereka untuk menjadi jenama bertaraf dunia yang unggul dan diyakini ummah.
DUA ANUGERAH UTAMA YANG DIRAIH OLEH ANDALUSIA:
- The BrandLaureate 20th Anniversary Special Limited Edition Best Brand Award 2025
(Kategori: Umrah Travel & Tour – International Expertise) - The Brand Leadership Award 2025 – Industry Icon
(Penerima: Hajah Ida Riswana Idris, Pengasas Bersama Andalusia)
KOMITMEN KEPIMPINAN YANG JELAS & BERINTEGRITI
Kejayaan ini tidak mungkin berlaku tanpa kepimpinan luar biasa yang diterajui oleh suaminya, Tuan Haji Ibrahim, Pengasas dan Pengarah Urusan; Hajah Ida Riswana Idris, Pengasas Bersama dan Ustaz Dato’ Daud Che’ Ngah, Pengerusi Syarikat.
Gabungan ketiga-tiga pemimpin ini membentuk hala tuju yang jelas, kukuh dan berstrategi untuk membawa Andalusia ke peringkat global, dengan sistem profesional, nilai integriti dan pengurusan bersistematik.
DARIPADA HASRAT SEORANG IBU – LAHIR TRANSFORMASI BESAR

Tahun 2016 menjadi titik perubahan penting. Ketika itu, Hajah Ida menyertai bimbingan RichWorks bukan untuk dirinya sendiri, tetapi demi anak perempuannya, Hajah Izzati, yang berusia 18 tahun. Hajah Izzati pilih untuk belajar tentang dunia perniagaan secara realiti, bukan melalui universiti seperti remaja lain.
Dari saat itulah, bermulanya perjalanan transformasi Hajah Ida & Hajah Izzati bahkan Andalusia bukan hanya dari sudut operasi, tetapi menyeluruh dari aspek kepimpinan, pemasaran, sistem, pengurusan jemaah dan pertumbuhan organisasi.
Sebagai Business Mentor, saya (Datuk Wira Dr. Azizan Osman) bersama pasukan RichWorks berbangga menjadi sebahagian kecil daripada proses pembangunan dan lonjakan Andalusia sejak 9 tahun lalu hingga ke tahap hari ini.
FAKTA YANG MENGUKUHKAN POSISI ANDALUSIA BAGI INSPIRASI BUAT ANDA
- 62 cawangan di seluruh Malaysia
- Hampir 500 kakitangan (lebih 60% adalah wanita)
- Sasaran membawa 80,000 jemaah umrah dan haji setahun
- Rekod pengurusan puluhan ribu jemaah setiap tahun sejak penubuhan
BANGKIT WAKTU RAMAI TERSUNGKUR
Ketika krisis pandemik melanda dunia dan ramai syarikat dalam industri pelancongan tumbang, Andalusia memilih untuk bangkit dan berinovasi. Mereka tidak hanya mempertahankan syarikat malah mereka terus mencari cara baharu untuk berkhidmat, menjaga pekerja dan kekal jadi harapan para jemaah.
Inilah bukti bahawa apabila syarikat diterajui oleh kepimpinan yang berjiwa besar, berilmu dan berstrategi, tiada krisis yang tidak boleh dihadapi! Sepertimana saya kata sebelum ini, setiap cabaran atau krisis yang ada, boleh dijadikan peluang bagi mereka yang tahu dan bersedia!

WANITA SEBAGAI TUNJANG TRANSFORMASI
Pengiktirafan khas kepada Hajah Ida sebagai Industry Icon adalah simbol kekuatan wanita dalam dunia perniagaan. Beliau telah memimpin dengan penuh teliti, sabar dan berani sekaligus membuktikan bahawa wanita bukan sekadar penyokong, tetapi juga pemacu utama dalam membina empayar dan legasi.
Beliau kini menjadi inspirasi kepada ribuan wanita lain yang mahu membina kerjaya, membina bisnes dan memberi impak kepada masyarakat.
TAHNIAH ANDALUSIA, INI BARU PERMULAAN!
Dua anugerah ini bukan penamat, ia adalah tanda pengiktirafan kepada permulaan fasa baharu yang lebih besar dan lebih global.
Saya doakan Andalusia terus maju sebagai syarikat Muslim yang memberi khidmat profesional dan penuh amanah kepada ummah.
Tahniah Hajah Ida. Tahniah Tuan Haji Ibrahim. Tahniah Ustaz Dato’ Daud. Tahniah Hajah Izzati. Tahniah Andalusia. Malaysia bangga dengan anda semua!
– Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman
0 Komen