“Datuk Wira… sekarang saya ada satu impian yang jauh lebih besar. Saya nak membina 100 cawangan.”
Itulah antara perkara yang paling melekat dalam fikiran saya selepas selesai LIVE Inspirasi SeeNI Bersama Datuk Wira tengah hari tadi bersama Puan Norlinda Daud, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Bright Hill Islamic Montessori School.
Apa yang membuatkan saya tersenyum bukan sekadar angka 100 cawangan.
Tetapi kerana saya tahu bagaimana impian itu bermula.
Ketika mula mengikuti bimbingan bersama RichWorks Consulting Group (RCG), dia bukan datang dengan impian untuk membuka 100 cawangan.
Dia datang sebagai seorang founder yang pernah melalui antara fasa paling sukar dalam hidupnya. Bright Hill pernah berkembang sehingga mempunyai lima cawangan, tetapi dalam tempoh yang singkat, tiga daripadanya terpaksa ditutup. Ketika itu, dia sedar masalah sebenar bukan kerana dia tidak bekerja keras, tetapi kerana ilmu dan cara memimpin organisasinya masih belum cukup untuk membawa Bright Hill ke tahap yang lebih besar.
Di situlah perjalanan sebenar bermula.
Apabila seorang founder memilih untuk belajar, mendapatkan bimbingan dan sanggup mengubah dirinya terlebih dahulu, impiannya juga mula berubah.
Daripada sekadar mahu mengurus sebuah sekolah. Dia mula bercakap tentang membina sebuah organisasi.
Daripada hanya mahu menambah bilangan pelajar…
Dia mula bercakap tentang bagaimana mahu membantu lebih ramai keluarga di seluruh negara.
Dan hari ini…
Dia berani meletakkan satu visi yang jauh lebih besar.
100 cawangan, bukan kerana mahu mengejar angka.
Tetapi kerana dia percaya, lebih banyak cawangan bermakna lebih ramai anak-anak akan mendapat pendidikan awal Islamik yang berkualiti, lebih ramai ibu bapa mempunyai pilihan yang terbaik dan lebih ramai generasi masa depan dapat dibentuk dengan akhlak, karakter serta kepimpinan yang baik.
Itulah yang saya sentiasa tekankan kepada setiap founder dalam mentoring.
Mentoring bukan sekadar membantu membesarkan bisnes.
Mentoring membesarkan cara seorang founder berfikir.
Kerana apabila cara kita melihat masa depan berubah…
Keputusan yang kita buat juga berubah.
Cara kita memimpin berubah dan akhirnya, saiz impian yang kita berani bina juga berubah.
Saya doakan semoga suatu hari nanti kita sama-sama dapat melihat Bright Hill benar-benar mencapai impian 100 cawangan.
Bukan semata-mata kerana mahu menjadi rangkaian sekolah yang besar.
Tetapi kerana setiap cawangan itu akan menjadi tempat lahirnya lebih ramai anak-anak yang berakhlak, berilmu, yakin dengan diri sendiri dan mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa serta negara.
Kerana akhirnya… ramai founder membina bisnes untuk mencari keuntungan.
Tetapi founder yang benar-benar hebat membina organisasi yang mampu meninggalkan legasi.
Dan setiap legasi besar… sentiasa bermula apabila seseorang berani membesarkan cara dia berfikir.
– Datuk Wira