BISNES BOLEH BERKEMBANG LEBIH PANTAS DARIPADA MANUSIA

Jumaat lalu, saya berpeluang duduk hampir dua jam bersama Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir dalam sesi CEO Masterclass Transformation Series bersama usahawan Titan Circle++ dan Key Leaders mereka, anjuran @RichWorks Consulting Group (RCG).

Siapa tidak kenal Tan Sri Syed Zainal bekas Group Managing Director Proton dan pernah memegang jawatan kepimpinan kanan di Perodua serta Petronas Dagangan. Jadi apabila beliau bercakap tentang transformation, people dan culture, ia datang daripada pengalaman sebenar memimpin organisasi besar.

Satu realiti yang sangat dekat dengan SME yang Tan Sri kongsikan, bisnes boleh berkembang lebih pantas daripada manusia di dalamnya.

Hari ini mungkin lima orang staf dengan jualan RM100,000 sebulan. Dua tahun kemudian, jualan sudah RM1 juta sebulan dan team berkembang kepada 30 orang.

Tetapi apabila bisnes berubah, tidak semua orang berubah pada kadar yang sama.

Orang yang bagus mengurus lima orang belum tentu mampu memimpin 50 orang.

Orang yang bagus melaksanakan arahan belum tentu mampu membina strategi.

Ini tidak bermaksud dia tidak bagus. Mungkin dia bagus, tetapi untuk tahap yang berbeza.

Cabaran paling sukar ialah apabila orang itu sudah lama bersama kita. Dia ada ketika syarikat masih kecil, duit belum cukup dan belum ramai yang percaya. Apabila kita nampak dia tidak lagi mampu memegang tanggungjawab yang sama, kita memilih untuk diam kerana rasa terhutang budi.Akhirnya kita keliru antara gratitude dengan suitability.

Kita wajib menghargai pengorbanan dan jasa orang yang bersama kita dari awal. Tetapi gratitude is not the same as fit. Kesetiaan tidak secara automatik menjadikan seseorang sesuai memimpin organisasi pada tahap seterusnya.

Namun Founder juga tidak boleh menggunakan alasan ini untuk terus menyalahkan atau membuang orang.

Sebelum berkata seseorang tidak lagi sesuai, tanya:
Adakah expectation dan KPI sudah jelas?
Adakah kita memberikan feedback, latihan, coaching, tools dan sistem?
Atau sebenarnya kita sendiri yang gagal memimpin perkembangannya?

Antara perkara kuat daripada perkongsian Tan Sri ialah pentingnya pemimpin turun ke ground untuk melihat realiti sebenar.

Jangan hanya percaya kepada slide yang cantik, dashboard yang hijau atau laporan yang semuanya kelihatan baik.

Turun ke bawah. Bercakap dengan orang. Perhatikan proses. Dengar perkara yang tidak sampai ke bilik meeting.

Ada masanya Founder menyangka masalah berada pada staf bawahan, sedangkan masalah sebenar berada pada lapisan kepimpinan di tengah.
Middle leaders tidak menterjemahkan strategi kepada tindakan. Manager tidak membina team. Akhirnya strategi yang bagus terhenti di dalam meeting room.

Apabila ini berlaku, bina dahulu kemampuan mereka. Berikan latihan, coaching dan mentoring. Jika perlu, bawa masuk pemimpin lebih berpengalaman atau pindahkan mereka kepada peranan yang lebih sesuai.

Jika sudah diberikan kejelasan, bantuan dan peluang tetapi masih tiada perubahan, beranilah membuat keputusan.

Tegas bukan bermaksud zalim.
Menjaga hati bukan bermaksud seluruh organisasi perlu menanggung kelemahan seseorang tanpa penghujungnya.

Dan Founder juga perlu ingat…
Founder sendiri boleh ketinggalan di belakang pertumbuhan syarikatnya.

Kalau mahu membina syarikat RM10 juta atau RM100 juta, kita tidak boleh terus memimpin seperti ketika hanya mempunyai lima orang staf.

Apabila bisnes berubah, manusia di dalamnya juga perlu berubah.

Termasuk orang yang memimpin bisnes itu sendiri.

Siapa pernah tengok keadaan yang sama?

Datuk Wira

Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.

Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.

Add comment: