Tiada seorang pun usahawan memulakan bisnes dengan niat untuk gagal. Mereka bermula dengan impian yang cukup besar. Ada yang mahu mengubah kehidupan keluarga, memberikan masa depan yang lebih baik kepada anak-anak, membina peluang pekerjaan untuk orang lain atau membuktikan bahawa mereka juga mampu mencipta sesuatu yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Namun selepas bertahun-tahun berada dalam dunia keusahawanan, saya melihat satu perkara yang sering berlaku. Ramai founder masih mempunyai semangat yang tinggi dan bekerja jauh lebih keras berbanding ketika mula berniaga dahulu, tetapi hasil yang diperoleh tidak lagi bergerak seiring dengan pengorbanan yang diberikan. Mereka mula tertanya-tanya mengapa semakin kuat mereka berusaha, semakin sukar pula bisnes berkembang seperti yang diharapkan.
Saya memahami perasaan itu kerana saya pernah duduk berhadapan dengan ramai
founder yang meluahkan perkara yang sama. Mereka bukan tidak bekerja keras, jauh sekali malas. Hakikatnya, mereka sedang berdepan satu cabaran yang tidak selalu disedari, iaitu permainan yang mereka mainkan sudah berubah, tetapi cara mereka memimpin masih sama seperti ketika syarikat itu baru bermula.
Dunia bisnes sebenarnya sangat menyerupai dunia sukan. Seorang atlet yang mahu bersaing di liga yang lebih tinggi tidak boleh bergantung kepada corak latihan ketika dia masih di peringkat amatur. Tahap persaingan berubah, rentak permainan berubah dan
setiap kelemahan akan lebih mudah kelihatan apabila lawan juga semakin hebat.
Begitu juga perjalanan seorang founder. Apabila syarikat mula berkembang, cabaran yang dihadapi bukan lagi sekadar mencari pelanggan atau memastikan jualan berlaku setiap hari. Pada tahap ini, founder perlu belajar membina pemimpin, memperkukuhkan sistem, membuat keputusan yang lebih strategik dan mewujudkan organisasi yang mampu berkembang tanpa terlalu bergantung kepada dirinya.
Inilah sebabnya saya sering mengatakan bahawa pembangunan bisnes tidak pernah bermula dengan strategi semata-mata. Ia bermula apabila founder sanggup membangunkan dirinya sehingga mampu memimpin organisasi pada tahap yang lebih tinggi.
Saya percaya, had sebenar sesebuah bisnes selalunya bukan ditentukan oleh keadaan
pasaran atau kekuatan pesaing. Lebih kerap daripada itu, had tersebut ditentukan oleh
kapasiti pemimpinnya. Apabila seorang founder berkembang daripada individu yang hanyamahir bekerja kepada seorang pemimpin yang mampu membina orang lain, cara dia melihat masalah, membuat keputusan dan mencipta peluang juga akan berubah.
Sebab itu setiap kali saya melihat sebuah syarikat berkembang dengan kukuh, saya hampir pasti akan menemui seorang founder yang turut berkembang sebagai manusia. Dia mungkin lebih tenang ketika berdepan tekanan, lebih jelas dalam membuat keputusan dan lebih bersedia membina pasukan berbanding cuba melakukan semuanya sendiri.
Jika hari ini you merasakan bisnes sedang bergerak perlahan atau sasaran masih belum menjadi kenyataan, jangan terlalu cepat menyalahkan keadaan di luar. Luangkan sedikit masa untuk bertanya kepada diri sendiri satu soalan yang mungkin lebih penting daripada semua strategi yang sedang anda cari.
Adakah bisnes ini benar-benar memerlukan pelan yang baharu, atau sebenarnya saya
yang perlu menjadi pemimpin yang baharu?
Kerana pada akhirnya, syarikat yang hebat hampir selalu dibina oleh founder yang sanggup upgrade diri terlebih dahulu sebelum mengharapkan bisnesnya grow.
Jika you business owners yang nak alami pertumbuhan, follow me dan sign up or apply for Free Session The Next Growth pada Ogos ini.
Datuk Wira