Nah.. Satu lagi gambar konvokesyen AI… 😂😂
Masih ingat lagi tahun lepas? Masa saya kongsi gambar konvokesyen Master of Law (LL.M) dari University of Cumbria (UK), ada yang begitu yakin mengatakan gambar itu hasil AI.
Saya hanya senyum… Begitulah… bila hati sudah dipenuhi prasangka, apa sahaja yang kita lihat pun akan nampak salah.
Hari ini saya nak hadiahkan pula satu lagi “gambar AI”. 😄
Kali ini daripada Global MBA, Alliance Manchester Business School, The University of Manchester.
Tadi ada seseorang bertanya kepada saya…“Datuk… ini Master yang ke berapa?”
Saya jawab sambil ketawa…“Yang ke-3… dan Insya-Allah, tak lama lagi yang ke-4 pula.” 😂😂
Bagi saya, ini bukan tentang berapa banyak ijazah yang kita kumpul. Ini tentang satu prinsip yang saya pegang sampai hari ini…
Jangan sesekali berhenti belajar hanya kerana orang lain kata kita sudah berjaya atau ada orang tidak gembira kita berjaya.
Perjuangan saya masih belum selesai. Di luar sana masih ramai yang mahu membina sesuatu tetapi tidak tahu di mana mahu bermula. Ada yang pernah berjaya tetapi tewas apabila mula terlalu selesa. Ada yang sedang bangkit semula selepas jatuh, tetapi hilang arah dan keyakinan.
Sebab itu saya masih terus belajar… Bukan untuk membuktikan apa-apa kepada mereka yang memilih untuk meragui.
Tetapi supaya setiap ilmu, pengalaman dan perspektif baharu yang saya pelajari dapat saya kongsikan kepada lebih ramai usahawan untuk membina kehidupan, perniagaan dan masa depan yang lebih baik.
Selagi Allah masih memberi peluang untuk belajar… saya akan terus menjadi seorang pelajar. Kerana saya percaya, pemimpin yang hebat bukanlah mereka yang tahu semuanya. Tetapi mereka yang tidak pernah berhenti belajar.
Terima kasih atas setiap doa!
Love💋💋
Datuk Wira