Norman Hakim, “Inspektor Harris” Gerak Khas – Buku Notanya Dulu Penuh Air Mata. Hari Ni Perniagaannya Cecah RM15 Juta
Ramai nampak kejayaan. Sangat sedikit yang nampak berapa lama dan berapa perit, proses untuk sampai ke situ. Semalam saya dan Dato’ AC Mizal (DAC) hos bersama podcast Double Ace, dengan tetamu istimewa, Norman Hakim.
Apa yang orang nampak hari ini: seorang Norman Hakim yang berjaya bangunkan jenama Normey hingga cecah jualan RM15 juta pada enam bulan tahun ini. Apa yang orang tak nampak: perjalanan itu bermula seawal 2016. Waktu itu Norman senyap-senyap masuk kelas saya dan belajar, masih sibuk berlakon, tapi dia tetap cari jalan nak perbaiki diri, walaupun bisnesnya masa itu masih tak menentu.
Buku catatannya dulu penuh tompok air mata. Bukan air mata sedih semata-mata, air mata seorang lelaki yang penat, keliru, yang kadang tertanya, “adakah semua ini akan berbaloi?”.
Air mata itu sendiri bukti bahawa usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Saya terdiam mendengar sebab di sebalik selebriti yang kita kenal di kaca TV, ada seorang manusia biasa yang pernah rasa hilang arah. Sama macam kita semua.
Covid jadi titik tolak. Bila tawaran berlakon makin kurang, dia sedar satu perkara pahit: reputasi dan lifestyle yang orang nampak, tak semestinya bermakna rezeki yang stabil. Tiada job, tiada pendapatan. Di situlah Norman tekad keluar daripada kuadran “selebriti buat kerja baru dapat duit.”
Bisnes yang serius bermula lepas pandemik dia mula ambil tindakan dari apa yang dia belajar bertahun-tahun dalam kelas-kelas dan program RichWorks, terutamanya kelas pemasaran. Kemudian dia dibimbing dalam pementoran RichWorks Consulting Group (RCG), bagaimana nak bina bisnes sehingga tahap jualan RM1 juta. Dari situ ia terus menaik, hinggalah tahun ini sahaja mencecah RM15 juta.
Kata dia, kunci sebenar bukan sekadar dapat redha guru. Tapi meredakan ego sendiri untuk benar-benar jadi seorang anak murid. Bagi saya, itu bukan perkara kecil. Ramai datang cari bimbingan, tapi hati masih tertutup. Norman lain, dia datang dengan hati yang betul-betul terbuka untuk berubah.
Sebab itu dia sanggup belajar dari 2016, tanpa gembar-gembur, sampai hasilnya bercakap sendiri. Sesi ni mengingatkan saya pada DAC sendiri, lebih kurang 6 bulan lalu. 36 tahun dalam industri, dikenali ramai tapi di sebalik itu sedang cari jawapan yang sama: “adakah aku dah buat sesuatu yang cukup bermakna dengan hidup aku?” Kami berbual 3 jam di rumah saya. Tiga jam itu cukup untuk ubah cara dia berfikir dan hari ini bisnesnya membesar dengan pantas.
Dua kisah, latar berbeza, satu pengajaran sama: transformasi tak pernah bermula dengan strategi. Ia bermula dengan kesediaan mengaku “saya belum sampai, dan saya perlukan bimbingan.”
Itu pengakuan yang paling susah, terutama untuk orang yang dunia dah anggap “sepatutnya dah tak perlu belajar lagi.”
Macam ulat beluncas yang kena berjuang sendiri keluar dari kepompong sebelum sayapnya cukup kuat untuk terbang, proses itu tak boleh dipercepatkan orang lain, walau sesayang mana pun kita pada mereka. Ia kena dilalui, walau perit dan perlahan.
Sebab itu saya percaya: kejayaan bukan bermula bila kita berhenti belajar. Kejayaan bermula bila kita cukup rendah hati untuk terus belajar walaupun dunia dah anggap kita berjaya.
Kepada sesiapa yang baca ni dan sedang rasa penat, keliru, atau rasa macam belum sampai ke mana-mana kisah Norman dan DAC adalah bukti: tak pernah terlambat untuk mula belajar semula, yang penting, mula.
Terima kasih Norman Hakim bila menerima jemputan podcast Double Ace semalam dan atas perkongsian yang jujur daripada hati. Tahniah atas pencapaian jualan sehingga RM15 juta melalui jenama Normey, anda memang layak.
-Datuk Wira