ELLA FURNITURE ialah jenama perabot tempatan Malaysia yang ditubuhkan pada 2019. Fokusnya menghasilkan perabot berkualiti tinggi dan cantik. Pemiliknya, Nur Laila Alway, percaya pelanggannya hanya layak menerima perabot berkualiti tinggi yang menepati keperluan mereka. Kepuasan pelanggan bukan sahaja jadi kebanggaan Laila, malah jadi kebanggaan seluruh pasukan Ella Furniture.
Sebelum menceburi jualan perabot, Laila sebenarnya sedang mencari sofa untuk rumahnya sendiri. Dalam proses itulah dia berkenalan dengan seorang tukang perabot. Laila nampak potensi besar dalam perniagaan perabot, jadi dia ambil peluang bekerjasama dengan tukang perabot itu untuk memasarkan sofa yang dihasilkan.

Menceburi perniagaan sofa bukan mudah bagi Laila. Dia kena berjumpa pelanggan sendiri untuk tunjukkan bahan apa yang digunakan. Ada masanya Laila perlu beri konsultasi tentang pemilihan warna dan corak sofa. Pada 2020, apabila pandemik COVID-19 melanda, kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia.

Nur Laila Alway – Pengasas Ella Furniture

Laila mula ragu sama ada sofa dia boleh terjual, sebab pada masa itu dia rasa tiada siapa yang perlukan sofa. Laila juga hilang motivasi untuk buat pemasaran dan muat naik produk di media sosial. Akibatnya, Ella Furniture langsung tiada jualan selama seminggu. Selepas itu, Laila buat keputusan untuk tambah ilmu perniagaan dengan RichWorks.

Laila tidak lama larut dalam kekecewaan. Sebaliknya, dia ambil peluang itu untuk tingkatkan kemahiran bersama RichWorks sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebagai persiapan untuk tempoh selepas PKP. Dia mula dengan menyertai program Zero To Million dan program mentoring SPIRE.

Selari dengan aspirasi Program SPIRE yang mahu membantu usahawan mencapai RM1,000,000 pertama, Ella Furniture berjaya mencatat jualan RM1,800,000 pada 2020.

Melihat konsistensi ini, Laila buat keputusan untuk tambah lagi ilmu dan bimbingan dengan menyertai Program Titanium RichWorks. Dia diterima sebagai ahli Titanium selepas melalui proses saringan pada Disember 2020.

Laila jadi lebih jelas tentang perniagaannya, apa yang perlu dicapai dan apa yang perlu dilakukan selepas “Fikir-fikirkan, ramai orang beli produk dari China. Ada yang beli sofa dari China pun. Kenapa orang boleh beli produk dari China tapi tak boleh beli produk tempatan?” – Nur Laila Alway 15 menerima bimbingan rapat daripada Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks. Jualan sofa meningkat dengan ketara, membolehkannya mencapai jualan RM2 juta sebulan.

Dari sebuah bengkel kecil, Laila kini memiliki kilang perabot sendiri di Sungai Buloh, Selangor, serta showroom perabot di Shah Alam dan Johor Bahru. Hari ini, Laila ialah salah seorang Gladiator di RichWorks, dengan jualan mencecah RM21.2 juta. Ella Furniture juga menjadi jenama perabot kegemaran dalam kalangan VIP dan selebriti di Malaysia.

Fikir-fikirkan, ramai orang beli produk dari China. Ada yang beli sofa dari China pun. Kenapa orang boleh beli produk dari China tapi tak boleh beli produk tempatan?

Nur Laila Alway

Pengasas Ella Furniture