Ramai saya dah jumpa alami keadaan ini!
Kalau anda seorang usahawan… cuba tanya diri sendiri:
- Masa nak mula berniaga dulu, pernah tak rasa takut gagal?
- Bila bisnes tak berkembang, rasa takut stuck?
- Tapi bila bisnes mula berkembang pun… tetap rasa takut?
Ramai tak sedar takut ini wujud dalam setiap fasa perjalanan bisnes.
Dan saya tahu perasaan ini, sebab selama lebih 10 tahun saya bimbing ribuan usahawan, terutamanya pemilik bisnes dalam program Titan, yang jualan mereka dari RM1 juta naik ke RM10 juta, RM50 juta hingga RM100 juta setahun.
Tapi setiap kali mereka naik ke fasa seterusnya, perasaan itu datang lagi: “Saya tak pasti saya boleh handle growth ni.”
Bila Bisnes Naik, Cabaran Emosi Pun Naik
Ramai orang sangka bila bisnes naik semuanya jadi senang.
Tapi realitinya, bila bisnes berkembang:
- Staff makin ramai, tapi pengurusan jadi lebih kompleks.
- Jualan makin tinggi, tapi risiko pun makin besar.
- Income naik, tapi tekanan dan rasa bersalah bila tersilap keputusan pun naik.
Apa yang saya nampak dari ratusan kisah kejayaan Titan adalah perasaan takut, overwhelmed, burnout atau imposter syndrome itu normal, tetapi bukan alasan untuk kita berhenti atau sabotaj bisnes sendiri.
3 Tanda Anda Sedang ‘Grow’ Tapi Rasa Lemas:
- Tak cukup masa untuk fikir – Semua nak kena decide, semua orang datang tanya. Bila masa nak strategize?
- Anda jadi bottleneck – Semua nak approve dengan anda. Lama-lama team stuck dan anda pun makin penat.
- Rasa bersalah nak berehat – Bila anda ambil cuti atau berehat sikit, terus rasa “aku tak cukup buat untuk team dan bisnes aku.”
Jadi… Macam Mana Nak Urus Perasaan Ini?
Berikut adalah 5 prinsip yang saya pegang dan ajarkan pada Titan selama lebih 10 tahun:
1. Terima: Bisnes bukan tentang selesa, tapi berkembang
Kalau anda rasa takut atau overwhelmed, itu petanda anda tengah bertumbuh. Jangan cari keselesaan. Cari kemajuan.
2. Bangunkan sistem & struktur
Saya selalu tekankan bisnes yang berkembang perlu sistem, bukan sekadar semangat. Bila ada struktur, anda boleh lepaskan dan percaya.
3. Latih team jadi pemimpin, bukan pekerja
Kalau semua benda anda yang fikir dan buat, anda tak ada bisnes anda cuma ada “kerja sendiri”. Latih orang lain naik, bukan hanya naikkan sales.
4. Jangan bina bisnes bersendirian
Ramai Titan berjaya sebab mereka ada support sistem, mentor, dan komuniti yang betul. Jangan jalan sorang-sorang. Anda akan penat.
5. Recalibrate your WHY
Bila anda ingat semula sebab kenapa anda mulakan, anak-anak, akhirat, masa depan ummah semua beban tu jadi ibadah.
Akhir Kata
Perasaan takut itu normal. Tapi jangan biarkan ia berhenti anda dari capai potensi sebenar bisnes anda.
Selama lebih 10 tahun saya lihat usahlah tunggu hilang takut baru nak bertindak. Bertindak dulu, nanti takut itu jadi kekuatan.
Kalau anda sedang grow tapi rasa lost, overwhelmed atau stuck, mungkin ini masa untuk anda realign dan grow dengan bimbingan dan sistem yang betul.
Jangan bina impian besar, tapi biarkan ia roboh dalam diam.
Saya bersama anda.
P/S Nak Richworks beri anda peluang 100% Percuma untuk anda menilai keadaan perniagaan anda dan bagaimana untuk dikembangkan ke tahap RM1juta – RM10juta atau lebih? Klik sini untuk penilaian.


Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman
Mentor Usahawan & Founder RichWorks Group
0 Comments