FALL SEVEN TIMES. STAND UP EIGHT.

Ada satu falsafah Jepun yang dipanggil Nana Korobi Ya Oki – fall seven times, stand up eight.

Setiap kali mendengar ungkapan ini, saya teringat kepada ramai business owners yang pernah saya temui. Mereka bukan jatuh sekali. Mereka jatuh apabila sales merosot, cash flow semakin ketat, orang yang dipercayai meninggalkan mereka atau business yang dibina bertahun-tahun hampir runtuh.

Ada satu kisah yang membuatkan saya lebih memahami betapa beratnya makna untuk “bangun semula”. Saya melihatnya dalam perjalanan Datuk Wira Ilaiaraja dan Datin Wira Sumitra membina kehidupan dan bisnes mereka sebelum lahirnya jenama Nuetraa seperti yang kita kenali hari ini.

Mereka bukan melalui satu atau dua kegagalan kecil. Mereka pernah menanggung kerugian jutaan ringgit, selepas modal dan usaha yang dicurahkan tidak menghasilkan apa yang diharapkan. Bagi Ilaiaraja, tekanan itu pernah membawanya ke satu titik yang sangat gelap dalam hidupnya. Dia pernah berada di atas Jambatan Pulau Pinang, dalam keadaan terlalu kecewa dengan kegagalan bisnes sehingga terlintas untuk mengakhiri hidupnya.

Bayangkan perasaan seorang Founder ketika itu. Duit yang dikumpulkan sudah dikeluarkan. Impian yang dibina tidak menjadi seperti dirancang. Harapan semakin hilang dan pada satu ketika, masa depan terasa seperti sudah tidak mempunyai jalan keluar.

Tetapi hari itu bukan pengakhiran ceritanya. Dia memilih untuk pulang. Dia memilih untuk hidup dan akhirnya, dia memilih untuk mencuba sekali lagi. Bersama Sumitra, mereka membina semula kehidupan dan bisnes sedikit demi sedikit. Daripada pengalaman dalam bidang farmasi, atas nasihat dan bimbingan diberikan saya, mereka membangunkan Nuetraa dengan fokus kepada produk kesihatan usus dan hati.

Perjalanan itu tidak memadamkan apa yang pernah berlaku. Tetapi apa yang dahulu hampir mematahkan mereka akhirnya menjadi sebahagian daripada manusia yang mereka perlu jadi untuk membina sesuatu yang lebih besar.

Itulah sebabnya saya percaya resilience bukan sekadar tentang kemampuan untuk bertahan.

Ramai business owners yang saya kenali bangun bukan kerana mereka tidak takut atau tahu semuanya pasti kembali baik. Mereka bangun kerana masih ada keluarga yang bergantung kepada mereka, team yang masih percaya dan impian yang mereka belum sanggup tinggalkan.

Namun, resilience juga bukan bermaksud mengulangi kesilapan yang sama dengan semangat yang lebih kuat. Setiap kali kita jatuh, kita perlu bermuhasabah. Setiap kali kita bangun, kita perlu membawa bersama ilmu yang lebih baik, disiplin yang lebih kuat, keputusan yang lebih matang dan sistem yang lebih kukuh.

Di sinilah resilience bertemu dengan Kaizen, continuous improvement. Kalau semalam kita jatuh kerana keputusan yang salah, jangan bangun dengan cara membuat keputusan yang sama. Kalau kita jatuh kerana cash flow, bangun dengan kefahaman kewangan yang lebih baik. Kalau kita jatuh kerana terlalu bergantung kepada diri sendiri, bangun dengan keberanian untuk membina team dan sistem.

Kekuatan seorang Founder bukan sekadar diukur daripada berapa kali dia mampu berdiri. Ia juga diukur daripada siapa dirinya setiap kali dia berdiri semula. Kisah Ilaia dan Sumitra mengingatkan saya bahawa kita tidak semestinya boleh menilai keseluruhan perjalanan seseorang berdasarkan satu bab paling gelap dalam kehidupannya.

Kadang-kadang ketika kita berada di bawah, kita fikir cerita kita sudah selesai. Sedangkan mungkin Allah SWT masih memberikan ruang untuk kita menulis bab yang kita sendiri belum mampu bayangkan.

Jika business anda sedang struggle hari ini, jangan anggap satu kegagalan sebagai keputusan akhir tentang siapa anda atau sejauh mana anda masih boleh pergi. Ambil masa, muhasabah dan dapatkan bantuan jika anda memerlukannya. Belajar daripada apa yang berlaku dan apabila sudah bersedia, bangunlah dengan cara yang lebih baik daripada sebelumnya.

Nana Korobi Ya Oki – Fall seven times. Stand up eight.

Datuk Wira

Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.

Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.

Add comment: