Jangan Buang Masa Melayan Mereka Yang Sakit Hati Dengan Kejayaan Kau & Cuba Menjatuhkan Kau!

Ogos 1, 2025

Anda pasti pernah dengar tentang seekor burung ini kan?

Kisah the only seekor burung yang berani patuk belakang burung helang yang hebat?

Ya… satu-satunya burung yang berani buat kerja tu ialah burung gagak.

Bayangkan… burung helang, simbol kekuatan, kepimpinan dan ketenangan. Dia terbang tinggi, fokus ke langit yang luas, membelah awan untuk capai puncak impian dia.

Tapi datang seekor gagak, bertenggek dibelakang, mula mencakar, mula patuk dan mula menyakitkan.

Tapi persoalannya…

Helang tu buat apa?

  • Dia tak gigit balik.
  • Dia tak berhenti terbang untuk berlawan.
  • Dia tak pusing ke belakang untuk marah atau balas dendam.

Dia hanya buat satu benda: Dia buka sayap lebih besar dan terus naik lebih tinggi.

Sebab helang tahu… semakin dia naik, semakin gagak itu tak mampu bernafas. Semakin tinggi dia pergi, semakin sesak gagak tu di belakang dan akhirnya… gagak itu jatuh sendiri. Tak perlu dilawan. Tak perlu dibalas. Tak perlu dibuktikan apa-apa.

Saya nak beritahu anda yang tengah baca atau dengar ini…

Dalam hidup dan bisnes, akan selalu ada “gagak” yang akan cuba patuk kita dari belakang.

  • Mereka akan serang bila kita tengah naik.
  • Mereka akan mengata bila kita mula dapat hasil.
  • Mereka akan pertikai bila kita mula dikenali.

Tapi jangan berhenti. Jangan patah. Jangan turun.

Kalau saya, Datuk Wira Dr Azizan Osman, nak layan semua ‘gagak’ yang pernah patuk belakang saya…

Saya takkan sampai ke mana saya berada hari ini. Sebab saya pilih untuk fokus terus terbang lebih tinggi sebagai helang. Bukan gagak. Siapa nak jadi gagak suka makan bangkai… Biarkan mereka!

  • Saya pilih untuk naik lebih tinggi.
  • Saya pilih untuk fokus pada misi dan visi saya.
  • Saya pilih untuk teruskan perjuangan, bukan untuk layan orang yang belum tentu faham pengorbanan kita.

Kepada anda yang sedang dibaling kata-kata, dihina, dipertikaikan…

Ingat satu perkara:
Kalau tak ada siapa cuba jatuhkan anda, itu tandanya anda masih belum cukup tinggi.

Bila anda mula naik… suara bising akan datang. Tapi anda bukan dicipta untuk layan suara bising. Anda dicipta untuk terbang tinggi.

Teruskan terbang. Teruskan naik dan biar mereka jatuh sendiri kerana sesak dengan kebencian yang mereka cipta sendiri.

Saya doakan anda jadi helang. Terbang tinggi, tak gentar, tak berhenti. Insha Allah, saya akan berjumpa dengan anda yang nak bangkit dalam pelbagai cabaran yang ada sebagai seorang insan mahupun usahawan dalam Transformasi360 pada awal September ini. Tempat sudah tak banyak, dapatkan tempat anda dengan klik pada gambar di bawah ini.

Klik pada gambar untuk daftar Transformasi360.

Nak saksikan sendiri kisah inspirasi usahawan jutawan yang membina empayar perniagaan mereka bersama saya sendiri, saksikan dalam slot khas Inspirasi seeNI dalam rancangan Borak seeNI, Jumaat depan.

Bukan itu saja, Rabu ini saya nak jemput anda join saya dalam Sesi Khas secara online pada jam 9 malam (6 Ogos 2025) di Facebook dan TikTok Azizan Osman Official.

Bagi usahawan atau mereka yang berminat nak dapatkan sikit sebanyak insight dan real case study usahawan yang saya bimbing.

Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman

KUASAI POTENSI SEBENAR DIRI ANDA DENGAN TRANSFORMASI360

Transformasi360 bukan sekadar program. Ia adalah panggilan untuk bangkit. Untuk kembali berdiri, walau diuji. Untuk melawan arus hidup yang menggoncang.

TRANSFORMASI360 ialah satu-satunya program di Malaysia yang menggabungkan ilmu kejayaan & kewangan dalam satu pendekatan holistik yang terbukti.

Baca artikel yang lain

0 Komen

Hantar Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMS