Banyak jenama berkembang kerana kekuatan Founder-nya. Tapi untuk pergi ke peringkat global, kekuatan itu perlu hidup dalam seluruh organisasi.

Sebelum dunia bersedia menerima jenama kita, ada satu soalan yang perlu dijawab:

Adakah organisasi kita sudah bersedia memikul pertumbuhan itu tanpa semuanya terus bergantung pada Founder?

Ini antara perkara utama yang saya bincangkan dalam sesi 1-on-1 saya bersama Datin Eriyca, atau lebih dikenali sebagai Madammu, dan Datuk Azri Che Noh, pengasas bersama NOIR.

Alhamdulillah, NOIR sedang menunjukkan momentum yang kuat. Dalam lapan bulan pertama 2026, prestasinya sudah melepasi pencapaian sepanjang tahun sebelumnya, dengan pertumbuhan lebih 30%.

Di sebalik kemajuan ini ada keberanian untuk mencuba, kebolehan membaca pasaran, dan tenaga Madammu dalam membina kepercayaan serta mencipta permintaan.

Tapi bila perniagaan mula beroperasi pada tahap yang lebih tinggi, cabaran Founder pun berubah.

Soalannya bukan lagi sekadar bagaimana mahu jual lebih banyak. Soalannya bagaimana mahu tukar kekuatan Founder jadi kekuatan organisasi yang boleh menghasilkan pertumbuhan yang konsisten.

Saya faham peralihan ini bukan mudah. Bila personaliti dan tenaga Founder sudah jadi enjin pertumbuhan utama, melepaskan sebahagian tanggungjawab itu terasa seperti satu risiko.

Tapi untuk melangkah lebih jauh, apa yang ada dalam diri Founder perlu dipindahkan kepada pasukan, sistem dan pemimpin yang boleh memegang standard yang sama.

Baru-baru ini, NOIR melangkah ke platform yang lebih besar sebagai penaja rasmi Women in Export (WiEX) @ MIHAS 2026, inisiatif MATRADE yang memperkasa penyertaan wanita dalam perdagangan antarabangsa.

Saya bangga melihat penglibatan ini kerana ia memberi lebih daripada sekadar pendedahan jenama. Platform ini membuka peluang untuk membina hubungan dengan pembeli antarabangsa, pengedar dan rakan strategik yang boleh menyokong fasa pengembangan NOIR seterusnya.

Yang lebih penting, langkah ini membawa aspirasi usahawan wanita Malaysia ke pentas antarabangsa.

NOIR membuktikan bahawa kejayaan di pasaran tempatan tidak sepatutnya mengehadkan cita-cita untuk bersaing di peringkat global.

Tapi pengembangan global bukan bermula bila kita muncul di acara antarabangsa. Ia bermula bila produk, orang, proses dan kepimpinan kita sudah bersedia memberikan standard yang konsisten, walaupun pasaran dan cabaran berubah.

NOIR sudah buktikan keupayaannya mencipta permintaan. Fokus sekarang ialah membina organisasi yang mampu membawa permintaan itu merentas sempadan.

Sesebuah jenama tidak menjadi global semata-mata kerana Founder-nya dikenali.

Ia menjadi global bila seluruh organisasi boleh menunaikan janji yang sama dalam setiap pasaran yang dimasukinya.

Insha-Allah, kita akan kuatkan satu langkah demi satu langkah dan bawa NOIR ke fasa pertumbuhan yang lebih besar.

Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.

Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.


Laporan BDR Anda