Ada satu peringkat dalam perniagaan yang ramai Founder bersusah payah nak sampai. Jualan makin naik, jenama makin dikenali, team makin besar, dan peluang baru terus muncul.

Tapi bila perniagaan sampai ke peringkat ini, cabaran Founder mula berubah.

Apa yang dulu boleh dibuat sendiri, sekarang perlu orang lain pimpin. Perbualan yang dulu berlaku secara spontan perlu struktur yang lebih jelas. Keputusan yang dulu datang terus daripada Founder perlu mula bergerak melalui team.

Ini antara perkara utama yang saya bincangkan dengan Norman Hakim, Founder Normey, dalam sesi 1-on-1 kami baru-baru ini. Alhamdulillah, Normey sedang menikmati momentum pertumbuhan yang sangat positif. Berdasarkan prestasi semasa, perniagaan ini berada di landasan yang kukuh untuk mencapai sasaran yang ditetapkan tahun ini.

Tapi bila perniagaan naik ke tahap yang berbeza, soalan utamanya bukan lagi sekadar, “Macam mana nak jual lebih banyak?”

Soalan yang lebih penting ialah, “Adakah perniagaan ini bersedia untuk membawa pertumbuhan yang lebih besar?”

Dalam sesi kami, kami fokus pada tiga perkara yang saya selalu tekankan: People, Process dan Performance.

Seorang Founder tak boleh jadi sumber semua jawapan selama-lamanya. Pada satu titik, peranan kita bukan lagi jadi orang paling sibuk dalam syarikat. Tanggungjawab kita ialah membangunkan orang yang boleh berfikir, membuat keputusan dan memimpin bersama kita.

Saya gembira melihat Norman memberi lebih perhatian kepada pelan penggantian dan membangunkan team yang boleh membesar bersama perniagaan. Ini penting kerana pertumbuhan yang sihat bukan diukur dari jualan yang naik sahaja, tapi juga sama ada kapasiti organisasi turut berkembang pada kadar yang sama.

Founder kadang-kadang andaikan kerja akan jadi lebih mudah bila jualan meningkat. Itu tak semestinya betul.

Pertumbuhan yang lebih besar memerlukan versi Founder yang lebih besar. Ia memerlukan kejelasan yang lebih tinggi semasa menetapkan hala tuju, keberanian yang lebih untuk melepaskan, disiplin yang lebih kuat dalam membina sistem, dan komitmen yang lebih mendalam untuk membangunkan pemimpin dalam team.

Saya percaya Normey masih ada perjalanan yang panjang dan potensi besar yang belum digali. Kalau momentum semasa berterusan dan kapasiti dalamannya terus kukuh, sasaran tahun ini realistik dan boleh jadi satu lagi langkah penting ke fasa pertumbuhan seterusnya.

Tapi peringkat seterusnya Normey mungkin bukan datang daripada Founder-nya bekerja lebih kuat. Ia mungkin datang bila lebih ramai orang dalam organisasi bersedia untuk berfikir, membuat keputusan dan memikul beban pertumbuhan bersama-sama. Bagi setiap Founder yang sedang membina perniagaan yang berkembang, tanya diri awak sendiri,

“Kalau perniagaan awak berganda saiznya esok, siapa dalam team awak yang bersedia untuk memimpinnya bersama awak?”

Jika awak sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu awak untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat awak.

Kenal pasti di mana tahap perniagaan awak, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.


Laporan BDR Anda