Orang nampak RM45 juta, RM65 juta, RM150 juta.

Orang nampak business dah besar. Nampak founder senyum, team makin ramai, brand makin kuat. Tapi orang tak nampak apa yang berlaku sebelum sampai ke situ.

Dalam beberapa hari ini, saya banyak buat private one-to-one dengan business owners yang sudah dibimbing antara 3 hingga 11 tahun. Antaranya Najib Assadok dari Momentum Iyziq, Datin Dr Kartika dari Eskayvie, Kamarul Hadi dan Rohani dari Kaharo Jewels, serta Hajah Ida dan Izzati dari Andalusia Umrah Travel.

Saya pernah terima mesej mereka waktu malam. Ada yang menangis sebab terlalu stuck. Ada yang cakap, “Saya dah tak tahu nak buat apa.” Ada yang blank bila berdepan masalah cash flow, sales jatuh, team bermasalah, customer complaint atau terlalu banyak benda perlu diselesaikan dalam satu masa.

Ada masa mereka rasa nak quit juga.

Tapi esoknya, mereka tetap bangun. Tetap masuk office. Tetap call team. Tetap fikir macam mana nak bayar gaji. Sebab mereka tahu, di belakang setiap business ini ada staf yang nak support keluarga, anak-anak yang nak pergi sekolah, dan ramai orang yang bergantung kepada kestabilan company mereka.

Itu yang orang luar tak nampak.

Haters pula selalunya cuma pandai nampak hasil dan hate. Mereka tidak nampak malam-malam yang penuh risau. Mereka tidak nampak keputusan susah yang perlu dibuat. Mereka tidak nampak berapa kali seorang founder hampir menyerah, tetapi memilih untuk terus fight.

Ada yang bermula sekitar RM1 juta setahun dan tahun ini sudah capai RM45 juta. Ada yang dari RM2 juta setahun, kini RM65 juta. Ada juga yang tahun ini pecah rekod RM150 juta.

Tetapi bukan nombor itu yang paling membuat saya bangga.

Saya bangga sebab walaupun mereka sudah sampai ke tahap itu, mereka masih tak rasa selesa. Masih mahu belajar. Masih mahu team naik sama-sama. Masih mahu bayar zakat dan bersedekah. Masih mahu besarkan business supaya lebih ramai orang dapat manfaat daripada produk dan perkhidmatan mereka.

Bagi saya, itu beza antara buat business untuk diri sendiri dengan membina business yang ada misi.

Apa pula yang buat you terus fight bila business jadi sangat susah?

#DatukWira #BusinessGrowth #SMEGrowth #EntrepreneurJourney #Leadership #BusinessTransformation #RichWorks #SMEMalaysia

Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.

Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.

Add comment: