
16 tahun perjalanan yang penuh cabaran bukan mudah untuk dilalui. Tambah pula konsep latihan yang diperkenalkan memang baharu dan belum pernah dibuat oleh trainer lain. Matlamat melahirkan usahawan yang berjaya dan kaya dalam masa singkat pun bukan matlamat biasa. Namun warga RichWorks terus bertahan dengan penuh kesungguhan.
Di bawah kepimpinan luar biasa Datuk Wira Dr. Azizan Osman, RichWorks berjaya membuktikan strategi dan konsep mereka memang berkesan, sama ada ketika zaman senang mahupun zaman mencabar. Malah ramai anak didik RichWorks tekun mengikut setiap langkah yang diajar mentor mereka sehingga berjaya dalam bidang masing-masing.
Pada 2020, ketika negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebanyak 82,555 perniagaan baharu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), manakala lebih 4,542 perniagaan pula tutup dalam tempoh yang sama. Namun sepanjang pandemik COVID-19 dari 2020-2021, RichWorks tetap komited menjalankan misinya. Menariknya, anak didik RichWorks terus mencatatkan jualan berjuta ringgit dalam tempoh itu. Ini jelas menunjukkan strategi pemasaran yang diajar RichWorks memang berkesan, berdaya saing, boleh dilaksana, tahan lasak dan mampan.

Impian melahirkan lebih ramai usahawan diteruskan dengan sokongan pelbagai pihak, sehingga tercipta satu fenomena membimbing usahawan tempatan dan serantau yang memberi impak besar kepada pertumbuhan KDNK negara. Semangat dan cita-cita pengasas RichWorks telah membantu usahawan ini terbang tinggi dalam arena perniagaan. Misi pembelajaran sepanjang hayat juga disemai kepada semua usahawan bimbingan supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
RICHWORKS: PERINTIS DALAM MELAHIRKAN USAHAWAN SEJAK 2008
RichWorks telah melatih dan membimbing lebih 2 juta peserta untuk menjadi usahawan berjaya di Malaysia dan juga di luar negara. Ketika pandemik COVID-19 melanda negara, dari 2020 hingga 2021, RichWorks berjaya membimbing lebih 800,000 peserta melalui program keusahawanan dalam talian secara maya.
PENINGKATAN USAHAWAN RICHWORKS SEPANJANG PKP 2020
Seramai 777 usahawan daripada perusahaan kecil dan sederhana (SME) dalam Program Mentoring SPIRE & Titanium berjaya mencipta rekod baharu dengan jumlah jualan terkumpul RM2.2 bilion.
-
- 68 usahawan mencapai jualan RM10,000,000 dan ke atas dalam Titanium Circle pada 2020.
- 87 usahawan SPIRE mencapai RM1,000,000 jualan pertama mereka.
- 45 usahawan SPIRE naik ke Titanium Circle.
- 63 usahawan Elite-X naik ke SPIRE.
- 50 syarikat mencapai jualan RM10,000,000 dan ke atas, malah ada yang melebihi RM100,000,000 setahun

Di sinilah Usahawan Jutawan Dilahirkan
Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Strategi pertumbuhan bisnes, mentor dan hos TV & podcast – membimbing founder dan MSME melalui pengembangan dan skala.