
Tiga belas tahun lalu, ketika saya sedang melalui satu daripada fasa paling gelap dan paling sukar dalam hidup, Allah SWT hadirkan Habib Syech dalam perjalanan saya.
Masa itu hati saya rasa terlalu berat menanggung ujian demi ujian. Dia ingatkan saya, Rasulullah SAW pernah lalui ujian yang jauh lebih besar daripada apa yang saya lalui.
Dia ajar saya untuk terus berselawat ke atas Rasulullah SAW, lebih-lebih lagi bila hati rasa berat, terluka dan hilang arah.
Selawat menjadi sebahagian daripada penyembuhan saya.
Malam tadi, saya duduk di sisi Habib Syech sekali lagi dalam Melaka Berselawat. Bila ribuan suara bersatu dalam selawat dan qasidah, kenangan fasa sukar itu datang semula.
Sejenak saya terdiam… saya sedar, bila Allah SWT turunkan ujian, selalunya Dia sudah sediakan penawarnya lebih awal. Kadang-kadang penawar itu datang melalui seorang guru yang membimbing hati kita kembali kepada Allah SWT dan mendekatkan kita kepada Rasulullah SAW.

Terima kasih, Habib Syech. Mungkin Habib tidak akan pernah sedar sepenuhnya betapa dalamnya bimbingan itu membentuk hidup saya.
Saya juga nak ucapkan penghargaan kepada Tun Seri Dr Mohd Ali Rustam kerana hadir dan menyokong majlis yang indah ini.
Saya kenal Tun sejak lama sebelum beliau menjadi Yang di-Pertua Negeri Melaka. Satu perkara yang ramai orang mungkin tak tahu tentang beliau — betapa rapatnya beliau dengan masyarakat.
Kadang-kadang macam beliau “lupa” yang jawatannya ada protokol. Beliau masih berusaha menerima jemputan orang biasa untuk hadir ke majlis kahwin, kenduri, tahlil, mawlid dan majlis masyarakat.
Itulah beliau seadanya: seorang pemimpin yang benar-benar ada hati dengan rakyat.
Terima kasih, Tun, kerana terus tunjukkan kepada kami bahawa pemimpin sejati bukan diukur pada jawatannya sahaja, tetapi pada betapa rapatnya beliau dengan rakyat yang dilayaninya.

Malam itu sangat bermakna. Kami menyambut Maulidur Rasul dan Hari Kemerdekaan Malaysia melalui kecintaan bersama kepada Rasulullah SAW.
Selawat bantu saya lalui satu daripada fasa paling sukar dalam hidup saya. Sehingga hari ini, bila hati rasa berat, selawat tetap membawa saya pulang.
Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad..
Jika awak sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu awak untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat awak.
Kenal pasti di mana tahap perniagaan awak, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.