🎓 Tahniah Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman!
Richworks mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengasas dan Pengerusi Richworks , Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, atas kejayaan menamatkan Global Master of Business Administration di Alliance Manchester Business School, The University of Manchester pada 17 Julai 2026.
Menerusi projek penyelidikan bertajuk Evaluating Accessibility and Impact of Government-Funded SME Financing in Malaysia, pencapaian ini membuktikan bahawa kejayaan bukanlah penamat, sebaliknya permulaan kepada proses pembelajaran yang berterusan.
Semangat itu terus diterjemahkan apabila hanya beberapa hari kemudian, Prof. Datuk Wira kembali bersama komuniti usahawan dalam Inner Circle Meeting (ICM) yang berlangsung dari 20 hingga 23 Julai 2026. Di situ, beliau terus berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan kepada lebih 200 usahawan yang turut menamatkan perjalanan pembelajaran mereka bersama RichWorks.
Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran Josiah Ng, bekas atlet berbasikal trek Olimpik negara, serta Hermawan Kartajaya, pakar pemasaran dari Indonesia dan Pengasas serta Pengerusi MCorp, yang berkongsi inspirasi dan perspektif bersama para usahawan.
Di RichWorks, kami percaya bahawa pembelajaran tidak pernah mengenal noktah. Sama ada di pentas konvokesyen mahupun di hadapan komuniti usahawan, semangat untuk terus belajar, berkongsi dan membina insan lain sentiasa menjadi keutamaan.
Tahniah kepada Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan kepada semua usahawan yang berjaya menamatkan ICM. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk kita semua agar terus menimba ilmu, berkembang dan mencipta impak yang lebih besar.
#RichWorks #AzizanOsman