
Di Malaysia, produk penjagaan kulit terlalu banyak di pasaran. Nak cari jenama yang gabungkan sains dan kecantikan? Macam cari harta karun. The Raw. salah satu jenama yang sudah lama berada di pasaran dan mula mencipta nama dalam dunia skincare sejak 2019.
Diasaskan oleh Adibah Mazlan, seorang ahli farmasi muda berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mempunyai tujuh tahun pengalaman dalam bidang perubatan, The Raw. membuktikan kekuatan kepakaran dan inovasi dalam usaha mendapatkan kulit yang sihat dan bersinar. Dengan asas yang kukuh dalam bidang farmaseutikal, Adibah nampak peluang untuk mengubah industri ini dengan mencipta produk penjagaan kulit muka yang lebih selamat dan bebas daripada bahan kimia berbahaya.
Pada mulanya, Adibah Mazlan menumpukan sepenuh masa kepada kerjayanya sebagai ahli farmasi selama 7 tahun. Seperti yang ramai tahu, ahli farmasi adalah anggota penting bukan sahaja di hospital, malah di klinik dan pusat kesihatan yang lain.
Satu hari, Adibah diuji dengan satu cabaran — satu kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Di situ Adibah buat keputusan untuk mencipta peluang dan masa sendiri dengan menceburi bidang perniagaan. Adibah perasan terlalu banyak jenama produk penjagaan kesihatan di pasaran, tetapi kebanyakan jenama tempatan ada masalah dengan bahan kimia yang digunakan dalam produk mereka — memudaratkan kulit dan tidak diiktiraf secara klinikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Melihat jurang ini, Adibah mahu mencipta produk penjagaan kulit menggunakan ilmu dan kepakarannya untuk merumus produk kecantikan yang selamat, berkualiti tinggi dan berkesan untuk kulit yang sihat. Dari situlah The Raw. lahir pada 2019.

Usaha Adibah untuk mengubah nasibnya pada mulanya tidak menunjukkan hasil. The Raw. melalui tiga bulan tanpa sebarang jualan. Stok ada banyak, tetapi tiada siapa yang nak beli. Namun Adibah tidak pernah putus asa dan terus mencari jalan penyelesaian. Dia mula mengenali dan jatuh cinta dengan RichWorks selepas menghadiri Program 10X Bina Bisnes Berjaya pada 2020. Selepas tamat program itu, Adibah membuat keputusan untuk menyertai program mentoring SPIRE.
Dalam masa tiga bulan sahaja menyertai program mentoring SPIRE, jualan Adibah mencecah RM500,000 yang pertama. Sebelum itu, Adibah kena berfikir keras dan mencari jalan hanya untuk capai RM30,000, itu pun belum tentu. Dalam tujuh bulan, Adibah berjaya mencapai RM1,000,000 pertama dalam jualan.
Namun, Adibah mengambil masa dua tahun untuk membuat keputusan berhenti kerja sebagai ahli farmasi dan fokus 100% pada perniagaannya.
Kini, Adibah telah menamatkan kerjayanya sebagai ahli farmasi dan menumpukan sepenuhnya pada The Raw. kerana dia percaya tujuannya bukan sekadar berkhidmat untuk pesakit di hospital, malah membantu lebih ramai orang di luar sana dengan kepakarannya.
Hari ini, Adibah adalah ahli Titan Circle Plus++ dan Gladiator di RichWorks, kerana jualannya mencecah RM16,800,000 pada 2023. Dia juga menjadi inspirasi kepada ramai anak muda untuk mengambil tindakan berani dan bersemangat mengejar impian — bukan sahaja dalam bidang kecantikan, tetapi dalam apa-apa bidang yang mereka minati. Usaha Adibah untuk mengubah nasibnya pada mulanya tidak menunjukkan hasil, kerana The Raw. melalui tiga bulan tanpa sebarang jualan. Stok ada banyak, tetapi tiada siapa yang nak beli. Namun Adibah tidak pernah putus asa mencari jalan penyelesaian. Bina Bisnes Berjaya.
Saya menyertai circle SPIRE pada 2020. Bila kami sertai SPIRE, kami belajar sesuatu. Kami belajar macam mana nak jalankan perniagaan dengan betul.
Adibah Mazlan
Pengasas The Raw