10 tahun dibimbing sejak 2016, banyak transformasi telah berjaya dicapai oleh jenama ini dan pengasasnya, Datin Dr Kartika (Dr Kay) yang baru-baru ini menjadi penaja utama Talk To My Manager 2.
Alhamdulillah, sales meningkat dalam 8 bulan 2026 mengatasi 2025, rekod baru tercipta. Tetapi di sinilah cabaran sebenar seorang Founder bermula.
Apabila bisnes berkembang dengan pantas, ramai orang melihat kejayaan.
Tetapi seorang Founder melihat tanggungjawab yang semakin besar.
Lebih ramai pelanggan perlu dijaga, team perlu bergerak lebih pantas dan setiap keputusan boleh memberikan kesan lebih besar kepada masa depan syarikat.
Dalam sesi 1-on-1 bersama Dr Kay, saya dapat melihat bisnes ini sedang berada dalam momentum pertumbuhan yang sangat positif.
Jualan bagi lapan bulan pertama 2026 menyaksikan peningkatan hampir dua digit dan sudah memecahkan rekod sepanjang tahun 2025.
Alhamdulillah, apa yang dilakukan oleh Dr Kay dan team jelas memberikan hasil. Di sebaliknya ada usaha, pengorbanan dan keberanian untuk terus berubah.
Namun, sebagai mentor, tugas saya bukan hanya meraikan pencapaian. Tugas saya adalah membantu Founder melihat apa yang perlu dibina sebelum bisnesnya bergerak lebih jauh.
Apabila sales meningkat dan pasaran memberikan respons, perhatian mudah tertumpu kepada bagaimana mahu bergerak lebih laju. Tetapi soalan yang lebih penting ialah:
Adakah organisasi sudah bersedia untuk menyokong pertumbuhan yang lebih besar?
Peluang memang ada, tetapi peluang hanya menjadi growth apabila organisasi mempunyai struktur dan keupayaan untuk melaksanakannya.
Sebab itu kami bukan sekadar melihat cara meningkatkan jualan. Kami turut melihat numbers, structure, team, operation dan bottleneck yang perlu diselesaikan supaya momentum semasa dapat diteruskan dengan lebih kukuh.
Eskayvie kini sedang membina versi syarikat yang seterusnya. Bagi Dr Kay, perjalanan ini juga memerlukan perubahan dalam peranannya sebagai Founder.
Daripada menjadi orang yang menggerakkan hampir segala-galanya kepada seorang leader yang membina team, sistem dan pemimpin supaya bisnes boleh berkembang tanpa terlalu bergantung kepadanya.
Saya faham proses ini bukan mudah. Setelah sekian lama menjadi orang yang memikirkan dan menyelesaikan semuanya, melepaskan sebahagian tanggungjawab memerlukan keberanian dan kepercayaan.
Namun, semakin besar organisasi yang mahu dibina, semakin banyak tanggungjawab yang perlu diagihkan dan semakin ramai pemimpin yang perlu dipercayai.
Founder tidak boleh terus memegang semuanya dan pada masa yang sama mengharapkan bisnes bergerak lebih jauh.
Eskayvie sudah mempunyai momentum. Sekarang, fokusnya adalah membina organisasi yang cukup matang untuk membawanya ke tahap seterusnya kerana matlamat sebenar bukan hanya mencatatkan jualan lebih tinggi.
Matlamatnya adalah membina bisnes yang cukup kuat untuk menyokong pertumbuhan yang lebih besar. Insha-Allah, kita susun satu demi satu untuk menutup 2026 dengan lebih kuat.
#DatukWira #Eskayvie #TitanCirclePlusPlus #BusinessGrowth #ScalingBusiness #PMKS #MSME
Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.
Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.