Jangan Tunggu Kehilangan…

JANGAN TUNGGU KEHILANGAN…

Sedikit refleksi saya ketika masih di atas awan, dalam perjalanan pulang daripada konvokesyen di Manchester semalam.

Beberapa bulan kebelakangan ini, saya kehilangan beberapa orang Alumni — anak didik yang pernah saya bimbing lebih 10 tahun dahulu.

Ada yang saya sempat ziarahi sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir. Ada juga yang saya tidak sempat bertemu.

Masa berjalan begitu pantas. Hari ini saat itu tiba untuk mereka… dan suatu hari nanti, pasti akan tiba juga untuk kita semua.

Mungkin kita pernah bersua. Mungkin saya pernah menjadi cikgu, berkongsi sedikit ilmu atau membimbing anda. Atau mungkin anda hanya mengenali saya dari jauh.

Saya bukan sesiapa dan saya juga tidak sempurna. Namun, perjuangan saya sejak 18 tahun dahulu masih sama — membuka keyakinan bahawa bangsa kita mampu berniaga, berjaya dan membina perniagaan yang memberi manfaat kepada orang lain.

Bagi saya, kemenangan sebenar bukan sekadar memiliki kereta mewah atau rumah besar.

Kemenangan sebenar ialah apabila seorang usahawan yang dahulunya hidup dalam kesusahan akhirnya mampu membantu ibu bapanya, membayar zakat, bersedekah, membuka peluang pekerjaan dan mengubah kehidupan orang lain pula.

Sebab itu saya tidak mahu melihat seorang usahawan kecundang dan bergelut sendirian.

Dunia perniagaan hari ini penuh dengan peluang, tetapi cabarannya juga semakin besar. Persaingan datang dari seluruh dunia, teknologi berubah terlalu pantas dan AI mengubah cara kita bekerja serta berniaga.

Yang akan terus bertahan bukan semestinya mereka yang paling besar, tetapi mereka yang sanggup belajar, berubah dan menyesuaikan strategi tanpa kehilangan arah serta prinsip.

Atas sebab itu, kami di RichWorks telah melancarkan gerakan Alumni Bangkit melalui komuniti Telegram Alumni RichWorks yang 100% percuma.

Di sini, kami akan berkongsi ilmu, perkembangan terkini dunia perniagaan, sesi pembelajaran dan aktiviti khas untuk membantu Alumni kembali mendapatkan arah, tenaga dan momentum.

Baru-baru ini, kami juga telah mengadakan sesi khas bersama Alumni di RichWorks HQ. Ramai yang hadir dari seluruh negara, malah ada yang datang dari Indonesia untuk belajar, bertemu semula dan bangkit bersama.

Saya berharap akan ada lebih banyak sesi seperti ini agar saya dapat bertemu, mendengar perjalanan dan terus menghulurkan tangan kepada seramai mungkin Alumni.

Jangan tunggu kehilangan baru mahu menghargai.

Jangan tunggu sakit baru mahu menjaga kesihatan.

Jangan tunggu jatuh baru mahu mencari ilmu.

Jangan tunggu semuanya terlambat baru mahu berubah.

Selagi Allah masih memberi kita nafas, masih ada peluang untuk memperbaiki diri, keluarga, perniagaan dan memperbanyakkan amal yang memberi manfaat kepada orang lain.

Jika anda pernah hadir ke mana-mana program RichWorks, terutamanya IMKK atau MMM, dan masih belum menyertai Telegram Alumni RichWorks, inilah masanya.

Sertai gerakan Alumni Bangkit secara percuma:

👉 http://alumni.richworks.com/telegram

Jom bertindak sekarang.
Fast Action, Fast Result!

Insya-Allah, kita bangkit semula.

Bersama. Lebih kuat. Lebih bermanfaat. Lebih diberkati.

Datuk Wira

Add comment: