LEAVING “YOU” BEHIND US…

Hari ini, saya berdiri di hadapan bangunan yang pernah menjadi “rumah” RichWorks selama 18 tahun.

Bukan sekadar sebuah pejabat di Jalan Badminton, Seksyen 13.

Di sinilah kami bermula dengan impian yang besar, tetapi dengan banyak perkara yang belum pasti. Di sinilah kami melalui hari-hari yang sukar, keputusan yang menakutkan, sales yang tidak menjadi, team yang bertukar, program yang perlu diperbaiki dan malam-malam panjang yang hanya Tuhan tahu beratnya.

Di sinilah juga saya melihat ramai usahawan datang dengan harapan—dan pulang dengan keberanian untuk membina hidup yang lebih baik.

Bangunan ini menyimpan terlalu banyak cerita.

Cerita tentang jatuh dan bangkit. Cerita tentang air mata, kesetiaan, kerja keras dan doa. Cerita tentang orang-orang yang percaya kepada misi ini walaupun ketika perjalanan masih belum jelas.

Hari ini, tiba masanya kami meninggalkan “kau”…..

Hari ini, ami melangkah ke rumah baharu kami, RichQ di Level 29, Mercu Maybank i-City.

Saya rasa sangat bersyukur.

Tetapi meninggalkan tempat ini bukan mudah. Kerana kita bukan meninggalkan bangunan semata-mata. Kita sedang meninggalkan satu fasa hidup yang telah membentuk siapa kita hari ini.

Kami bawa bersama semangatnya. Kami bawa bersama nilai, disiplin, keberanian dan rasa tanggungjawab untuk terus memberi impak kepada lebih ramai usahawan.

Dan kami tinggalkan di sini hanya satu perkara:

Versi lama kami yang sudah tidak cukup besar untuk membawa kami ke visi seterusnya.

Terima kasih, rumah lama kami.

You will always be part of the story.

Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.

Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.

Add comment: