Wahai Usahawan dan Pemilik Perniagaan,
Satu keputusan boleh mengembangkan bisnes anda atau menjatuhkannya!
Bayangkan anda mahu menghasilkan dan melancarkan satu produk baharu. Anda melabur RM1 juta untuk membangunkan produk, membeli stok, menyediakan pembungkusan dan memasarkannya.
Jika produk itu berjaya, ia boleh mewujudkan sumber pendapatan baharu dan mempercepatkan pertumbuhan bisnes anda. Tetapi bagaimana jika produk itu tidak laku? Bagaimana jika sebenarnya tiada permintaan pasaran? Bagaimana jika pelanggan tidak nampak sebab untuk memilih produk anda? Bagaimana jika produk anda tidak lebih baik daripada apa yang sudah ada dalam pasaran?
Pelaburan RM1 juta itu boleh bertukar menjadi stok tidak terjual bernilai RM1 juta.
Setelah bertahun-tahun membimbing usahawan pada pelbagai peringkat pertumbuhan, saya menyedari bahawa apa yang membezakan usahawan yang terus berkembang dengan mereka yang akhirnya stuck bukan sekadar kepintaran, pengalaman atau cita-cita.
Perbezaannya ialah keupayaan mereka menjangka masa hadapan, mengenal pasti perubahan yang sedang berlaku dan membuat keputusan yang lebih baik sebelum melaburkan sumber yang besar.
Usahawan yang terus berkembang tidak terus bertanya, “Berapa cepat kita boleh lancarkan produk ini?”
Mereka bertanya, “Apakah trend masa hadapan yang sedang kita respons? Apakah masalah sebenar pelanggan yang mahu kita selesaikan? Adakah permintaan terhadap produk ini sudah terbukti? Mengapa pelanggan perlu memilih kita berbanding pilihan lain yang sudah ada? Bolehkah kita menguji pasaran sebelum melabur RM1 juta? Berapakah potensi pulangannya dan berapa banyak yang kita sanggup rugi?”
Ramai Business Owners membuat keputusan berdasarkan keterujaan, andaian atau keyakinan semata-mata. Mereka jatuh cinta dengan produk sendiri sebelum memastikan pasaran juga akan menyukainya. Mereka melabur dahulu dan membuat validasi kemudian.
Apabila produk tidak terjual, mereka menyalahkan team marketing, team sales, keadaan ekonomi atau pelanggan. Tetapi masalah sebenar mungkin bermula lebih awal daripada kualiti keputusan yang dibuat oleh Founder sendiri.
Inilah realization saya: bisnes anda jarang dapat berkembang melebihi kualiti keputusan yang anda buat.
Semakin besar bisnes anda, semakin mahal kesan daripada setiap keputusan. Keputusan yang salah ketika bisnes berada pada tahap RM1 juta mungkin masih boleh diperbaiki. Tetapi kesilapan yang sama pada tahap RM10 juta, RM25 juta atau RM100 juta boleh merosakkan cash flow, melemahkan organisasi dan mengancam keseluruhan bisnes.
Usahawan yang terus berkembang bukanlah mereka yang tidak pernah melakukan kesilapan. Mereka ialah usahawan yang bertanya soalan yang lebih baik, mencabar andaian sendiri, mengira risiko kerugian dan mengesahkan permintaan pasaran sebelum membuat komitmen besar.
Sebelum melabur dengan jumlah yang besar untuk produk seterusnya, uji pasaran terlebih dahulu. Bercakap dengan pelanggan. Sahkan permintaan. Kaji persaingan. Uji tawaran tersebut pada skala yang lebih kecil.
Paling penting, pastikan pelanggan benar-benar sanggup membayar, bukan sekadar berkata mereka menyukai idea anda.
Jangan melabur RM1 juta hanya kerana anda percaya produk itu akan berjaya. Kumpulkan bukti yang mencukupi untuk memahami mengapa produk itu sepatutnya berjaya.
Satu keputusan boleh membina bisnes anda. Satu keputusan juga boleh menjatuhkannya.
Pastikan keputusan anda yang seterusnya dibuat berdasarkan realiti pasaran bukan sekadar andaian peribadi.
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Business Growth Strategist & Investor
Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.
Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.